Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem 1434H

Assalamualaikum

Alhamdullillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan untuk tahun ini. Cuma yang berbeza tahun ini kami berpuasa di luar negara, UK specifically. Ramadhan yang mencabar buat kami memandangkan ini Ramadhan pertama yang terpanjang buat kami. Kalau di Malaysia kita berpuasa lebih kurang 12 jam tapi di UK pada tahun ini Ramadhan jatuh pada musim panas di mana siang lebih panjang...jadi kami berpuasa lebih kurang 19 jam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk melalui Ramadhan tahun ini dengan sempurna.


Teruja untuk melalui Ramadhan di musim panas yang pasti banyak memberi pengalaman baru buat kami dan juga pasti kami merindui suasana berpuasa di tanahair berbuka dengan pelbagai jenis juadah, bertarawikh dan moreh selepas tarawikh. Puasa di sini sangat sederhana...even juadah berbukanya pun sangat. serderhana...tiada juadah dari bazar ramadhan dan ianya bagus dalam melatih diri agar tidak membazir. Kalau dah ke pasar ramadhan mau rambang mata memilih juadah yang pelbagai apatah lagi ketika perut sedang lapar:-)

Apa pun pengalaman dan suasana berpuasa, kami mengharapkan Ramadhan ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini dan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang penuh barakah ini. Akhir kata Ramadhan  Kareem untuk semua.




Sunday 7 July 2013

Petua

Salam hujung minggu...

Apa aktiviti hujung minggu? Yang pasti hujung minggu adalah waktu untuk bersama yang tersayang kan...

Bercakap mengenai petua, orang Melayu memang terkenal dengan 1001 petua. Macam macam petua...ada yang berkesan dan ada juga yang tak masuk akal:-))
Siapa tahu petua untuk sedu atau hiccups? Bagi family saya kalau sedu untuk baby selalunya kita akan letak cebisan tisu basah pada dahi baby....dan untuk orang dewasa pulak cukup sekadar dengan minum air...dan alhamdullillah sedu akan hilang dengan sendirinya.
Tapi ada satu lagi petua baru....baru baru ni saya kena sedu....agak lama, walaupun dah minum air tapi still tak hilang. Anak dara saya yang sangat prihatin pun mula lah bertanya....

Safiya : mummy...u got hiccups
Saya : iya
Safiya : mummy...you should pat your head and rub your tummy like this (sambil dia menunjukkan caranya pada saya)
Saya : Are you sure?
Safiya : yes mummy...you sholud try it.
Saya pun buatlah untuk tidak mengecilkan hati dia....

Believe it or not and amazingly it really works! Tak tau samada kebetulan atau tidak tapi petua Safiya memang berkesan. Bila saya tanya dia macam mana dia tahu.....jawapannnyer adalah

Tadaaaaaa

 Hmmmm....berjasa jugak si Peppa ni ye! So siapa siapa kena sedu bolehlah cuba ye *wink wink*
  p/s: Safiya tengah obsess sangat dengan Peppa Pig ni:-))

Saturday 29 June 2013

Stadium Tour

Assalamualaikum,

Berkesempatan untuk membawa maksu ke Old Trafford untuk stadium tour. Saya tak minat bola so saya tak tahu sangat pasal bola ni...tapi bila berada di dalam stadium ni, terasa ada satu semangat yang menerpa dalam diri...terbayang bayang wajah handsome Beckham (tu aje yang saya kenal:-)) ) berlari lari mengelecek bola di tengah padang.

Tour bermula dengan lawatan ke museum penubuhan Manchester United. Dah lama rupanya MU ni ditubuhkan...sejak awal 1910-an kalau tak silap...lupa dah sejarah2 nyer. Apa ada dalam museum...semua yang berkaitan dengan pasukan ini. Kalau peminat tegar MU mesti suka...tapi saya yang buta bola ni..mmm bolehlah hehehehehe. Malas nak bercerita panjang, just enjoy the pictures
Orang yang paling happy