Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem 1434H

Assalamualaikum

Alhamdullillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan untuk tahun ini. Cuma yang berbeza tahun ini kami berpuasa di luar negara, UK specifically. Ramadhan yang mencabar buat kami memandangkan ini Ramadhan pertama yang terpanjang buat kami. Kalau di Malaysia kita berpuasa lebih kurang 12 jam tapi di UK pada tahun ini Ramadhan jatuh pada musim panas di mana siang lebih panjang...jadi kami berpuasa lebih kurang 19 jam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk melalui Ramadhan tahun ini dengan sempurna.


Teruja untuk melalui Ramadhan di musim panas yang pasti banyak memberi pengalaman baru buat kami dan juga pasti kami merindui suasana berpuasa di tanahair berbuka dengan pelbagai jenis juadah, bertarawikh dan moreh selepas tarawikh. Puasa di sini sangat sederhana...even juadah berbukanya pun sangat. serderhana...tiada juadah dari bazar ramadhan dan ianya bagus dalam melatih diri agar tidak membazir. Kalau dah ke pasar ramadhan mau rambang mata memilih juadah yang pelbagai apatah lagi ketika perut sedang lapar:-)

Apa pun pengalaman dan suasana berpuasa, kami mengharapkan Ramadhan ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini dan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang penuh barakah ini. Akhir kata Ramadhan  Kareem untuk semua.




2 comments:

Eta Jaafar said...

Selamat berpuasa farah.. mesti pahala lebih ni sebab puasa lebih lama..

Unknown said...

Amin...(dlm keadaan mengigil) heheheheheh

Post a Comment