Wednesday 27 March 2013

4 days 3 nights - Finale

Assalamualaikum,

Memandangkan hari Sabtu cuaca sangat sejuk dan atas sebab sebab teknikal yang tak dapat dielakkan, maka kami hanya menghabiskan masa dalam bilik je. Nak keluar berjalan jalan pun tak ada mood sebab cuaca yang sangat sejuk.

Kami bertolak balik ke Liverpool pada hari Ahad. Ada orang nak belanja saya, so saya pun setuju je (i loike walaupun mula mula jual mahal). Kami bertolak dari hotel pada pukul 9 pagi dan destinasi persinggahan kami sebelum ke Liverpool adalah ke Bicester Village Outlet yang terletak di Oxford. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Junction M4. Khabarnya outlet ini adalah yang terbesar di Eropah dan China? Outlet ni lain dari outlet outlet lain di UK sebabnya outlet ini menjual designer brand seperti Gucci, Prada, Fendi, Coach, Jimmy Choo dan sebagainya (kira outlet orang kaya kaya). Banyak pelancong kat outlet ini...kebanyakkannya orang Arab dan Cina.

 outlet baru dibuka, kami dah sampai
 I loike...
thanks abang...lepas ni boleh merajuk lagi? wink wink...

Perjalanan balik diteruskan dengan hati berbunga riang. Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pemandangan yang sangat indah...seindah hati yang berbunga. Salji putih bersih mengiringi perjalanan balik dan subahanallah pemandangannya sangat cantik. Walau dah menempuh musim sejuk berkali kali namun keindahan bumi yang diliputi salji putih bersih sangat indah dan mengasyikkan. Maha besar Allah atas kuasaNya dan inilah Winter in Spring!


4 days 3 nights - Part Two

Assalamualaikum,

Perjalanan kami dari Birmingham ke London mengambil masa hampir 3 jam. Dah dekat dekat nak sampai jalan boleh jam pulak. Nak keluar satu simpang sahaja hampir 45 minit...uisshhh ni lah akibat berjalan masa time orang balik kerja. Tapi yang menarik nak share di sini adalah sikap pemandu orang putih ni. Ingatkan baik sangat...x jugak, diaorang pun potong barisan...ramai plak tu. Kesimpulannya, kat mana mana pun sama...drivers sekarang ni dah tak de sivik macam drivers dulu dulu.

Sampai di hotel, kami terus memesan makanan on phone. Alhamdullillah nasib baik ada kedai makanan halal dan diaorang boleh buat delivery lagi. Dinner kami ialah nasi beriyani Pakistan. Kami menginap di Premier Inn Heathrow M4.

Esoknya, kami bertolak sekitar pukul 7 pagi. Kedutaan Malaysia buka pada pukul 9 pagi. Kami menaiki transfer bas dari hotel ke Terminal 5. Tambang 4 pound seorang. Sampai di Terminal 5, kami beli one day travel tiket untuk Zone 1-6 untuk ke Hyde Park Corner. Terkejut kami melihat tambang tiket sebanyak 16 pound seorang...rasa rasa dulu taklah semahal ini. Rupa rupanya sebab kami travel masa peak hour. Kalau masa off peak, tambangnya hanya sekitar 8 pound seorang, seganda tu tapi memandangkan kami mengejar masa...kami pejamkan je mata huhuhuhu. Dari Terminal 5, kami menaiki tube (Picadilly Line) terus ke Hyde Park tanpa transit. Lebih kurang 18 station dan masa travel lebih kurang sejam.

Sampai di kedutaan, orang masih tak ramai dan kami adalah orang yang ketiga. Mungkin sebab hari Jumaat so orang pun tak ramai. Proses di sini lebih cepat berbanding di Malaysia. sangat simple...tak tau kenapa kat Malaysia macam complicated sangat. Kami sempat bersarapan nasi lemak di kantin kedutaan...best betul rasanya. Rindu nak breakfast kat Malaysia. Sekitar jam 10 pagi, urusan kami siap. Sepatutnya kami kena datang untuk collect passport pada pukul 3 petang tapi hubby minta jasa baik orang kedutaan untuk pos kan aje passport kami sebab nak tunggu pukul 3 petang, tak tau nak gi mana sebab cuaca sangat sejuk dan even ada snow yang turun sedikit. Dan pada hari itu, kawasan kawasan di utara England dan Scotland dilanda snow. Orang kedutaan kata tak boleh pos...tapi mungkin dia kesian sebab kami dari kawasan yang dilanda snow (mungkin dia ingat kitaorg akan balik ke Liverpool pada hari yang sama) dia bersetuju untuk membenarkan kitaorg collect passport pada pukul 12 tengahari. Oklah tu, sekurang kurangnya tak payah tunggu sampai petang.

Sementara menunggu pukul 12 tengahari, kitaorg pergi bersiar siar kat Hyde Park. Cadang nak ke Buckingham Palace (kot kot jumpa William dan Kate) tapi tak jadi sebab cuaca sangat sejuk. Sempat amik gambar dan kami berpatah balik ke kedutaan dan menunggu di situ saja.

Hyde Park

Selepas selesai mengambil passport kami terus menuju ke Knightbridge untuk ke Harrods. First time pergi. Masuk masuk je, terasa memang sangat eksklusif. Terasa tak layak untuk berada kat dalam tu...cuma menjamu mata. Ingatkan nak beli souvenir tapi tak jumpa, so hubby kata boleh beli online, terus kitaorg keluar menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Malaysian Hall untuk lunch.

 Di luar
 Model Harrods
Umur setahun jagung dah pasang angan angan nak soping kat sini (abah pengsan)
Memasang angan angan
Kat bas stop pun nak posing

Selesai lunch, kitaorg bergerak balik ke hotel. Hajat hati nak g jenjalan ke Oxford street tapi terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca yang sejuk melampau. Kalau saya dan hubby memang kitaorg balik malam tapi memikirkan Safiya, terus kami cancel sebab takut asthma dia trigger....so pulanglah saya ke hotel dengan perasan hampa:-). Apa apa pun alhamdullillah urusan passport kami dah selesai:-) 


4 days 3 nights -Part One

Assalamualaikum,

Khamis lepas, kami sekeluarga bertolak ke London untuk seisi memperbaharui passport kami. Hari tu kat Malaysia tak sempat nak buat (buat buat tak sempat sebenarnya). Kami bertolak dari Liverpool sekitar pukul 1030 pagi, selepas bersarapan bagai. Hubby decide nak singgah Cadbury World dulu.

Cuaca sepanjang perjalanan sangat cantik...langit biru, matahari bersinar indah namun panasnya tak ada pun, sejuk adalah:-). Perjalanan dari Liverpool ke Cadbury World di Birmingham mengambil masa selama lebih kurang sejam setengah....campur tolak tambah sesat bagai (walaupun ada En. Tom...tapi En. Tom ni bukannya boleh percaya sangat) lebih kurang pukul 1230 tengahari kami pun tibalah di Cadbury World.

Welcome to Cadbury World!

Punyalah ramai orang kat CW...kebanyakkannya group budak budak sekolah buat lawatan. Sampai je hubby terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket dan kami dapat slot pukul 2.00 petang. Kat sini, waktu masuk diberi mengikut slot masa...bukan boleh masuk sebarangan sebab mungkin nak elakkan kesesakan sebab tempatnya agak kecil. Apa yang menarik di CW? Ini adalah kali kedua lawatan saya ke sini. Kali pertama sekitar tahun 2008 ketika makcik dan maksu berkunjung ke UK (masa tu Safiya masih dalam perut).  Saya juga berpeluang ke Cadbury World di Dunedin, New Zealand pada tahun lepas. Sebenarnya ia adalah kilang membuat coklat Cadbury dan merupakan kilang Cadbury pertama yang didirikan di Bourneville, Birmingham pada tahun 1879. Cadbury jenama yang berasal dari UK dibangunkan sekitar tahun 1830-an oleh John Cadbury. Sangat kagum dengan sejarah penubuhan kilang ini di mana pembinaan kilang ini adalah untuk membantu ekonomi penduduk di kawasan Bourneville. Selain kilang ini, pengusahanya juga telah membina rumah, sekolah dan gereja untuk pekerja pekerjanya dan penduduk penduduk di sekitarnya. Tidak hairanlah town planning kat UK ni sangat sistematik. Setiap kawasan ada bandarnya sendiri, tidak tertumpu di bandar besar...even di kampung pun ada superstore dan bank.

 
 Harga semasa

 

Sementara menanti pukul 2.00 petang, kami sempat menikmati lunch di kafe yang disediakan. Pilihan lunch yang ada dan mengenyangkan serta yang bersesuaian ialah jaket potato dan hot chocolate. Alhamdullillah kenyang jugaklah perut melayu kami. Safiya pun bukan main berselera lagi...ialah cuaca sejuk, perut pasti sentiasa berkeroncong.

 Jaket potato

Tuna filling
 
With hot chocolate
 
Nyaman

Tepat pukul 2.00 petang, kami pun memulakan penerokaan kami di CW. Di pintu masuk chocolate di beri sebagai door gift. Mula mula kami melalui kawasan yang menceritakan tentang sejarah koko...di mana dan bagaimana koko ditanam dan di bawa ke UK. Ada replika pokok koko....mat salleh mesti terbayang bayang macam manalah rupa koko ni, macam kita yang heran dan excited bila tengok pokok epal. Kita plak tak heran dengan pokok koko...dulu masa kecik kecik, makan buah koko tu mentah mentah je:-). Kemudian adalah di pamerkan tentang sejarah Cadbury, ada video dan sebagainya. Ada packaging Cadbury masa mula mula dulu hinggalah yang latest. Lambang 2 gelas susu yang dari dulu dulu lagi.

Entrance
 
 Safiya boleh pulak takut masa kat sini

Tu kat belakang tu Koko Man @ Org Ghana kot, sebab katanya koko diambil dari Ghana
 
Muka tetap cuak
 
Nak bergambar dengan orang ni, dia yang siap suruh buat action ni
 


Semasa berada di kilan pembuatan, gambar tidak dibenarkan diambil. So tak de lah gambar dalam kilang...tapi sempat juga curi curi snap:-))). Yang paling mengujakan dalam CW ni ialah bila tiba masa untuk Cadabra ride...sangat teruja:-))) Sebab teruja? Perjalanannya seperti ke alam fantasi, sangat menyeronokkan! Dah macam budak budak pulak...tapi Safiya pun speechless bila naik ride ni dan dia sangat kagum dengan fantasi di situ!













Di kilang, kami sempat snap beberapa gambar

 Tulis nama dengan coklat


Handmade chocolate
 


Tidak sah lawatan tanpa membeli sebarang cenderamata. Gambar gambar di Souvenir Shop.

Rabbit sempena Easter
 




Alhamdullillah berakhir sudah pengembaraan kami di CW. Safiya sangat seronok. Kalau ikutkan CW UK lagi best dari CW NZ...tapi setiap tempat pasti punya keistimewaannya. Ada rezeki boleh datang lagi ye!

Berposing sebelum balik
 

I cant eat ice cream...i want it badly!
 
Perjalanan ke London diteruskan dalam keadaan cuaca yang semakin sejuk.