Monday 31 December 2012

WeLcOMe 2013

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa jam lagi, 2012 akan melabuhkan tirainya. 2012 pergimu bersama seribu kenangan pahit manis suka dan duka. 366 hari berlalu dengan cepat sekali. Mengikut ramalan Tamadun Maya, tahun 2012 adalah tahun berakhirnya dunia a.k.a kiamat. Mereka meramalkan yang bumi akan musnah pada 21-12-12 sehingga terhasilnya filem 2012 oleh Hollywood. Namun siapalah kita untuk meramal bila berlaku kiamat walau sehebat mana pun ilmu sains manusia kerana itu semua rahsia Allah. Tiada siapa yang mengetahui bila berlakunya kiamat kecuali Allah. Filem 2012 memaparkan sikap ego dan tamak manusia yang percaya bahawa hari kiamat boleh diketahui bila kejadiannya dan manusia ego ini percaya bahawa mereka boleh terselamat dari kiamat. Sungguh cetek pemikiran mereka, mereka percaya yang kemajuan sains mereka dapat merubah segalanya sehingga mereka boleh terselamat dari kiamat. Tidakkah mereka tahu bahawa tiada siapa pun yang akan terselamat bila berlakunya kiamat dan selepas itu manusia semua akan bangkit untuk dihitung amalan mereka? Banyak dalil dalil Al Quran berkaitan kiamat seperti di bawah:-

 يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ.
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

(
Al-A'raf, 7:187)

 
وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ.
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".

(Az-Zumar, 39:68)

Tamat cerita di atas. Untuk 2013 ni azam saya ialah nak jadi yang terbaik. Saya ingin menjadi muslimah yang terbaik, isteri yang terbaik untuk hubby, ibu yang terbaik untuk Safiya, anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa saya, saudara yang terbaik untuk saudara-saudara saya, kawan yang terbaik untuk semua kenalan dan jiran jiran saya dan terbaik untuk semua yang mengenali saya. Doakan saya ye.

Harapan juga saya sandarkan pada tahun 2013 agar menjadi tahun terbaik buat saya dan keluarga. Teringin juga nak menambah ahli keluarga pada tahun 2013 ni....harap harap impian saya dimakbulkanNya. Tahun ini juga tanggungjawab semakin bertambah sebab anak dara saya dah start bersekolah (kindergarten)....so tumpuan dan perhatian untuk dia menjadi priority  memandangkan saya pun dah jadi full time housewife. Dan saya juga tak sabar menanti Februari for a new chapter in our life!

So all the best to all and wishing you a Happy New Year!

Saturday 29 December 2012

11 YeARs

Salam,

Today marks our 11th Anniversary (29/12/2001 - 29/12/2012). Another year of being together. Alhamdullillah sekali lagi saya diberi kesempatan oleh Dia untuk menyambut anniversary kami. Masih segar dalam ingatan, sebelas tahun yang lepas saya sah bergelar isteri kepada hubby setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi. Masih segar dalam ingatan semua kenangan kenangan manis tersebut :-).

Orang tua tua selalu berkata yang perkahwinan itu satu perjudian. Jika untung kita bahagia jika tidak kita sengsara. Namun jika kita bijak mengemudi bahtera perkahwinan kita insyaallah kebahagian pasti menjadi milik kita. Pahit manis masam sesuatu perkahwinan juga adalah satu ujian untuk kita, oleh itu sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ditetapkanNya.

Safiya dah berkali kali mintak nak tengok gambar kawin saya dan baru semalam saya berpeluang untuk mengeluarkan album kawin saya. Dan respon pertama Safiya bila melihat album kawin saya ialah "Ibu masa ni cantik sebab kurus...tapi sekarang ibu dah gemuk"....Huhuhu...sungguh jujur betul anak dara saya ni. Sangat seronok dia dapat melihat gambar gambar kawin saya....alhamdullillah akhirnya dapat juga saya merasai detik ini bila anak saya dah pandai memuji dan memberi komen pada saya :-).

Tengahari tadi saya juga telah menerima undangan untuk majlis doa selamat dari jiran sebelah rumah saya sempena ulangtahun perkahwinan mereka....dan tak sangka pulak yang anniversary kami jatuh pada hari yang sama, lepas ni bolehlah kita celebrate sama sama ye:-).

For this anniversary I always pray our marriage and love will be lasting forever and to my hubby, thank you for everything and I dedicate this note to you....


"Dear Sweetheart, our love is like a message sent in a bottle.

 The journey can get rough at times, like the waves that

 carry the bottle across the ocean. But what’s inside

 the bottle, our everlasting and compassionate love towards

 one another, is kept safe along the way. No matter

 what the wind and waves bring about in our lives, my love

 for you will remain untainted and true…always

and forever. Happy 11th Anniversary, sweetheart".








Friday 21 December 2012

When your Wish comes True

Salam,

Wow the topic sounds interesting kan? Everyone will be happy if their wish comes true. Long long time ago I always wish to stay at home doing nothing and get pay and now He has answered my prayer :-). But it's not really interesting as working life is much fun actually. Mana taknyer, kalau kat office boleh bergosip, isi timesheet untuk masa berchatting dan berblogging....hahaha i miss that moment (tapi bukan selalu tau...masa tak busy je, masa busy tak cukup tangan nak bekerja).

Actually there are pros and cons for staying at home vs. working life. If you are smart enough to manage your time then both are sangat menarik. This is just the beggining of my journey for SAHM (Stay At Home Mum). My Qada' dah tertulis yang saya memang tak kerja lama. Apa boleh buat....sedih memang sedih sebab saya tak ada karier seperti yang diimpi impikan tapi saya redha....mungkin Dia merancang yang terbaik untuk saya. Harap harap pengorbanan saya berbaloi. Dulu mak saya selalu menekankan agar anak anak perempuan dia berkerjaya supaya tidak bergantung kepada suami. Penat kan masa study, kena stay up when exam is coming, follow tight deadline for assignments and etc. Tapi kalau tak berkerjaya pun, macam macam bisnes yang kita boleh buat, bergantung kepada usaha dan kerajinan kita kan?

Since sekarang ni dah banyak free time, last Tuesday saya dan hubby membawa Safiya ke Zoo Negara...bersama dengan Maksu dan 'Abang Kecil" dia. Sangat best berjalan jalan di hari kerja sebab tak ramai orang, tak perlu berebut rebut :-). Ingat nak hantar Safiya ke nursery semula tapi bila fikir fikir, biarlah tunggu January nanti...walaupun sekejap...at least dapat juga dia jumpa kawan kawan dia. With these pictures, I really hope she will treasure her childhood....So just enjoy the pictures :-)



Welcome to the Zoo
Binatang yang Safiya nak sangat tengok


Babai...sampai tertido



Sunday 9 December 2012

Kita Merancang, Dia yang Menentukan

Salam,

     Tak tahu nak start dari mana....but i do receive a few complaints sebab dah lama tak update this blog, dah bersawang blog yang baru di launch ni :). Actually so many things happen lately. Bermula dengan ayah saya admitted kerana bisul dan pneumonia. Kelam kabut jugaklah masa itu, bila ayah saya betul betul lemah dan tak berdaya.Alhamdullilah sekarang dia dan sihat walaupun kadang kadang nampak still lemah.

     Kemudian saya menerima berita sedih apabila permohonan visa saya dan anak untuk menemani hubby further study ditolak.Terasa gelap dunia ni...fikirkan macam mana kami nak survive tanpa hubby disisi. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh hubby untuk membolehkan kami bersama dan akhirnya apabila hubby confident maka keputusan diambil untuk saya dan anak menyertai hubby.

     Dan kemuncaknya adalah pada 30/11/12 (akan saya ingat tarikh ini sampai bila bila), bila kami tiba di London Heathrow. Perjalanan selama 13 jam memang meletihkan especially bila amik flight siang dan travel pulak dengan Safiya. Awalnyer, perjalanan kami sangat smooth dan rasa teruja sebab dapat naik A380. Kami tiba di Heathorw Airport lebih kurang pukul 4 petang waktu tempatan. Sangat penat...tapi alhamdullillah selamat sampai di bumi Inggeris. Kami tiba di terminal 4 dan bergegas ke terminal 5 untuk connecting flight ke Manchester.Flight ke Manchester pukul 9 malam. Ingatkan tak payah through pass immigration kat Heathrow....sekali rupanyer passport control di Heathrow bukan di Manchester. Lemah longlai rasa badan...maklumlah saya sebenarnya gamble masuk ke UK sebab dependant visa kami kena reject. So nak cuba masuk sbg touristlah kononnya.

     Pada mulanya pegawai immigration yang bertugas nampak ok...setelah di soal siasat kami diminta menunggu...sehingga hampir 3 jam setengah menunggu akhirnya kami dimaklumkan bahawa hanya hubby sahaja yang boleh masuk ke UK. Saya dan anak????? Kami hanya dibenarkan masuk ke UK dan berada di London sahaja untuk 2 hari atas alasan kami bukan genuine visitor. Ya Allah terasa seperti nak pitam mendengar perkhabaran itu...pelbagai perasaan dirasai....geram, marah tension, penat, mengantuk....semua ada. Hubby merayu untuk kami...dan saya hanya mampu menangis. Safiya sudah lelap. Malam semakin gelap dan sejuk dengan suhu mencecah 0. Flight kami ke Manchester dah pun berlepas.

     Rayuan kami tidak dipedulikan dan kami dibiarkan terkontang kanting mencari hala tuju kami. Di mana kami nak bermalam? Kami sudah menempah hotel di Liverpool untuk tempoh seminggu sementara mencari rumah sewa..... Passport saya dan anak ditahan oleh pihak UKBA dan hanya boleh diambil pada 2/12/12 iaitu pada tarikh kami akan dihantar pulang. Kami menunggu 2 jam lagi untuk medapatkan luggage kami yang tak tahu di mana. Akhirnya tepat jam 1 pagi waktu tempatan kami berjaya mendapatkan hotel di sekitar Heathrow terminal 5 dengan harga mencecah RM300.00 semalam.....ohhhhh sedihnya.

     To cut the story short, akhirnya pada 2/12/12 kami dihantar pulang ke Malaysia meninggal hubby keseorangan. Walau sedih, marah geram dan macam macam perasaan lain...kami redha dan percaya yang Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami.


(thanks to Mr. Google)

Thursday 1 November 2012

Assalamualaikum

        Salam perkenalan to all readers. November is coming and time is really flies. Alhamdullillah after a long period finally and officially I introduce my blog to all. Actually I had an intention to start blogging a long time ago ever since I had Safiya but due to some reasons the blog has not come up.
         Actually I would like to take this opportunity to thanks my colleague, Ita (alongeta.blogspot.com), who is actually encourage me to launch my blog...thanks a lot Ita, love u!
       Since now, I am a full time housewife, I will have spare time to write a blog...so please support and stay tune with me! The blog will focus on our daily life and my intention to blog is to pen our memories especially for my beloved daughter.