Thursday 23 May 2013

Kelana Part 4- Berny Riviere-Brussels

Assalamualaikum

Walaupun tido lewat semalam dan letih semalam tak abis lagi...tepat pukul 10 kami check out di caravan ni menuju ke Brussels.
Babai France
Border France dan Belgium
Perjalanan ke Brussels lebih kurang 2 jam setengah. Kami cuma singgah di sini on the way ke Netherlands. Tiada apa yang menarik di Brussels selain dari coklat dan waffle yang famous.
Kami tiba di Brussels sekitar jam 1 tengahari. Kami parking di Atomium...antara tarikan di Brussels, dan menaiki tram ke Brussels Centre dengan harga one day tiket 3.90 euro seorang. 
Antara tujuan ke Brussels ialah mencari kebab yang saya rasakan kebab tersedap di dunia. Kami jatuh cinta dengan kebab ini semasa kami ke Brussels pada tahun 2007. Kedai yang sama dan rasa yang sama. Sangat sedap. Uniknya kebab yang diperap bersama rempah ratus ini digoreng tetlebih dahulu dan dimakan dengan chips dan salad...memang terbaik. Pemilik adalah berbangsa Arab Algeria.
Selepas tu kami ke Aneesens mencari Maneken Pis...landmark Brussels ...ianya hanyalah replika patung kencing berdiri...saya pun tak tau apa significant patung tersebut. Berdekatan area tersebut terdapst deretan kedai souvenir coklat aiskrim dan waffle 3 yang sangat terkenal di Belgium. 

Tak sempat ke central Brussels disebabkan kekangan masa...kami terus bergerak ke Wasaneer Netherland iaitu ke caravan seterusnya.

Kelana Part 3- Berny Riviera-Disneyland

Assalamualaikum
Hari ni seawal pukul 830 pagi kami bergerak ke Disneyland....yeahhhhh. perjalanan selama 1 jam setengah melalui kawasan kawasan kampung di Perancis amat mengasyikkan ditambah pula dengan musim bunga dan juga melihat kekuningan bunga canola di kawasan luas sepanjang perjalanan memang seronok. Subhanallah cantik betul bumi ciptaan Allah...seperti melihat lukisan gambar pemandangan....sangat asyik.
 
Kami tiba di Disneyland pada pukul 1030. Jangkaan kami orang tak ramai memang meleset...rupanya ramai betul orang di Disneyland pada hari tersebut.
Safiya pasti orang pertama yang excited bila sampai di Disneyland. Dulu dia kecil dan tak faham apa apa...tp sekarang hampir semua karakter Disney dia kenal. Favourite dia mestilah Mickey and Friends, Pooh and Friends dan Princesses. Dari Cinderella, Bella, Aurora, Snow White, Ariel, Rapunzel, Princess Teana, Merieva....sofia semua dia kenal. So untuk lebih menyeronokkan dia kami beli costume Snow White dan Mickey Mouse untuk dia berfantasi hari tu.
Kami sempat bergambar bersama Goofy dan Mickey...walaupun que panjang dan menunggu hampir 45 minit...namun sebab Safiya minat maka beraturlah kami menunggu giliran dengan sabar hahahahaha. Tapi bila tiba turn kami...Safiya tak nak bergambar...takut katanya. Aduhhhh....sabar je. Ingat nak bawa dia jumpa princesses tapi que lagi panjang...so batalkan ajelah hasrat kami...nanti kita tengok parade aje ye.
Kami sempat menaiki beberapa ride....sebab orang sangat ramai. Kami beli dua park...Disney Park dan Walt Studio....tapi disebabkan masa yang suntuk...kami tak sempat menaiki ride ride lain. Antara ride yang paling best adalah tour ke film scene. Kami dibawa ke scene movie apa ntah...x ingat. Memang best sangat set dia...sangat real...dari letupan ke hujan ke petir dan ke banjir...fuhhh memang berbaloi beratur panjang.
Acara kemuncak mestilah parade...bukan main suka Safiya melihat watak watak kegemarannya muncul secara live. Dan saya suka tengok pelbagai gelagat kanak kanak lain melihat watak watak favoutire mereka secara live. Mereka nampak kagum...kelakar pulak rasanya. Sepanjang parade memang Safiya sangat happy melambai lambai watak kegemaran dia dan melihat princesses secara real. 
Kami pulang sekitar pukul 8 malam. Ingat nak tunggu night show sempena 20 tahun Disneyland France tapi hubby dah ajak balik...sebab show hanya bermula pukul 10 malam dan jalan ke caravan kami tu jalan kampung...tak de lampu dan tak banyak kereta...so risau kalau apa apa jadi...so akurlah kami dan pulang tanpa melihat night show. Kecewa pun ada...tapi apa boleh buat.... insyaallah ada rezeki boleh datang lagi!!!

Kelana Part 2 - Berny Riviere-Paris

Assalamualaikum

Hari kedua kami di France. Seawal pukul 9 pagi kami dah bergerak menuju ke Paris. Tujuan utama mestilah melawat landmark utama Paris....Eiffel Tower.

Perjalanan menuju ke Grages Sarcelles yang terletak di Zone 4 Paris mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Hubby dah buat research  parking di situ dan menaiki train ke Paris. Namun disebabkan hari Ahad dan ada pasar macam pasar tani di situ...banyak jalan yang ditutup...maka melilau kami mencari parking. Akhirnya dapat jugak parking dekat dengan train station. Untuk info kawasan Grages Sarcelles adalah komuniti islam dan asia terbesar di Paris...ramai orang Arab dan bila saya boleh bertutur dalam bahasa Arab...walaupun basic je diaorg sgt happy. Makanan halal pun banyak di situ.

Kami membeli day tiket train untuk Zone 1-4 yang berharga 10.40 euro seorang untuk dewasa dan untuk maksu memandangkan dia berumur 18 tahun...tiket dia cuma 7.80 euro sahaja. Tiket ini hanya untuk remaja berusia bawah 26 tahun...dan untuk Safiya tiket dia free. Kanak kanak bawah 4 tahun dapat percuma ride...sepatutnya Safiya dah kena bayar tapi orang kat kaunter tu tak tanya dan lepaskan aje Safiya masuk, so tak payahlah bayar untuk tiket Safiya.


tour guide cilik
Destinasi pertama adalah landmark Paris....Eiffel Tower. Memandangkan hari Ahad...orang agak ramai dan terlepas lagi peluang saya nak naik Eiffel Tower sebab que panjang dan malas nak tunggu. Tiga kali saya ke sini dan masih tak dapat naik juga....apakah tandanya itu En. Hubby???hehehehehe





 
Kota Cinta


 
Destinasi kedua kami adalah ke Notre Dame church. Church yang menyambut ulangtahun ke  850 tahun pada tahun ini. Maksu nak masuk tapi tak dapat jugak sebab que yang sangat panjang. Sabar ye maksu...next time dtg further study kst sini aje ye tak pun kawin dengan orang France *wink wink*.



Destinasi ketiga ke Muzium Louvre. Muzium terbesar di dunia yang menyimpan ribuan lukisan dan artifak lama dan yang paling famous adalah lukisan asal Mona Lisa. Memandangkan masa yang singkat kami tak masuk muzium ni (sebab saya dah pernah masuk...so macam boring nk masuk lagi hehehehehe). Kesian maksu....next time ye.






Destinasi terakhir adalah ke Arc De Triomphe...pintu gerbang yang menjadi landmark Paris. Abis membeli souvenir sebagai kenangan kami bergerak balik ke caravan kami. 


 
Till we meet again Paris!