Monday 8 April 2013

GP registration

Assalamualaikum,

Last Wednesday kami ada appointment dengan GP (sort like registered clinic). Sistem kat UK ni kita kena daftar dengan satu GP yang berdekatan dengan tempat tinggal kita, so kalau sakit pening kita hanya boleh dapatkan rawatan di situ sahaja ataupun untuk kes emergency kita boleh ke Accident & Emergency (hospital).

Duduk kat UK ni, saya selalu berdoa agar kami diberikan kesihatan yang baik....sebab kos perubatannya agak mahal. Untuk berjumpa doktor tiada bayaran yang dikenakan tapi untuk mengambil ubat...bayaran dikenakan bergantung kepada ubat yang di prescribed oleh doktor. Cuma untuk kanak kanak bawah 16 tahun saje kos perubatannya adalah percuma. Dulu masa saman student, bolehlah menipu dengan mengisi borang perubatan dan declare diri kita sebagai student ( low income) so kita boleh dapat free medical. Tapi bila bukan di bawah visa student dan semenjak dua menjak ni UKBA agar strict....takut jugak nak buat macam dolu dolu. So kena berusaha untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga especially Safiya dan hubby sebaik mungkin memandangkan kedua dua ya ada asthma. Tapi alhamdullillah sejak berada di sini, asthma Safiya tak de...bak kata mak saya mungkin diaserasi  dengan " kampungnya".

Lagi satu bila kita sakit dan nak mendapatkan rawatan doktor di UK ni..kena buat temujanji. Bayangkan kita sedang sakit sangat sangat dan bila kita buat appointment nak jumpa doktor, appointment yang paling cepat kita dapat untuk berjumpa doktor adalah satu hingga tiga hari...naya je...nak menangung kesakitan. Kalau kat tanahair kita, bila bila masa je kita boleh pergi jumpa doktor pilihan kita. Kat UK ni...agak agak dah baik kot baru boleh jumpa doktor. Teringat ketika saya disahkan pregnant 5 tahun lepas. Saya dan hubby dengan excitednya, pergilah berjumpa doktor untuk tindakan susulan. Doktor buat pemeriksaan biasa, lepas tu dia bagi botol air kencing dan suruh saya balik untuk ambil sample air kencing dan kemudian hantar semula ke klinik. Lepas tu sample urine tu dihantar ke hospital dan resultnya hampir seminggu baru dapat. Cuba bayangkan, nak dapatkan confirmation mengandung pun makan masa hampir seminggu. Dari ada rasa excited terus tak excited....punyalah lamanyer.

Dalam kelemahan, ada juga kebaikan...contohnya macam untuk family planning dan ujian seperti pap smear dan breast screening adalah percuma. Tadi masa kami buat pemeriksaan kesihatan, nurse dah bagi appointment untuk saya buat pap smear...last sekali saya buat pada tahun 2009. Di Malaysia...tak terfikir pun nak buat sebab tak de reminder dan ujian yang di buat pun berbayar:-). So next visit adalah untuk pap smear test.

Kami juga pergi mendaftar untuk dentist. Actually saya dan hubby tak perlu kan sangat rasanya....cuma risaukan Safiya sebab dia belum pernah jumpa dentist sejak tumbuh gigi. So lagi next week kami ada appointment dengan dentist pula. Dan selepas itu, health visitor pula akan datang untuk memeriksa Safiya...just to make sure immunisation dia dah lengkap. Dan berita sedih untuk Safiya...dia ada dua lagi jab yang perlu diambil, MMR second dose dan booster untuk pre school....finger crossed sayang!

Ini gambar terbaru anak dara saya yang baru balik dari GP....tengah makan dengan senang hati. Timbang kat klinik tadi, berat dia naik 2 kilo....asyik makan je. Tak apalah sayang, janji sihat ye.

Budak domok saya yang tak sabar nak tunggu hujung bulan ni...yeahhhhh!

0 comments:

Post a Comment