Monday 31 December 2012

WeLcOMe 2013

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa jam lagi, 2012 akan melabuhkan tirainya. 2012 pergimu bersama seribu kenangan pahit manis suka dan duka. 366 hari berlalu dengan cepat sekali. Mengikut ramalan Tamadun Maya, tahun 2012 adalah tahun berakhirnya dunia a.k.a kiamat. Mereka meramalkan yang bumi akan musnah pada 21-12-12 sehingga terhasilnya filem 2012 oleh Hollywood. Namun siapalah kita untuk meramal bila berlaku kiamat walau sehebat mana pun ilmu sains manusia kerana itu semua rahsia Allah. Tiada siapa yang mengetahui bila berlakunya kiamat kecuali Allah. Filem 2012 memaparkan sikap ego dan tamak manusia yang percaya bahawa hari kiamat boleh diketahui bila kejadiannya dan manusia ego ini percaya bahawa mereka boleh terselamat dari kiamat. Sungguh cetek pemikiran mereka, mereka percaya yang kemajuan sains mereka dapat merubah segalanya sehingga mereka boleh terselamat dari kiamat. Tidakkah mereka tahu bahawa tiada siapa pun yang akan terselamat bila berlakunya kiamat dan selepas itu manusia semua akan bangkit untuk dihitung amalan mereka? Banyak dalil dalil Al Quran berkaitan kiamat seperti di bawah:-

 يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ.
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

(
Al-A'raf, 7:187)

 
وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ.
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".

(Az-Zumar, 39:68)

Tamat cerita di atas. Untuk 2013 ni azam saya ialah nak jadi yang terbaik. Saya ingin menjadi muslimah yang terbaik, isteri yang terbaik untuk hubby, ibu yang terbaik untuk Safiya, anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa saya, saudara yang terbaik untuk saudara-saudara saya, kawan yang terbaik untuk semua kenalan dan jiran jiran saya dan terbaik untuk semua yang mengenali saya. Doakan saya ye.

Harapan juga saya sandarkan pada tahun 2013 agar menjadi tahun terbaik buat saya dan keluarga. Teringin juga nak menambah ahli keluarga pada tahun 2013 ni....harap harap impian saya dimakbulkanNya. Tahun ini juga tanggungjawab semakin bertambah sebab anak dara saya dah start bersekolah (kindergarten)....so tumpuan dan perhatian untuk dia menjadi priority  memandangkan saya pun dah jadi full time housewife. Dan saya juga tak sabar menanti Februari for a new chapter in our life!

So all the best to all and wishing you a Happy New Year!

0 comments:

Post a Comment