Sunday 9 December 2012

Kita Merancang, Dia yang Menentukan

Salam,

     Tak tahu nak start dari mana....but i do receive a few complaints sebab dah lama tak update this blog, dah bersawang blog yang baru di launch ni :). Actually so many things happen lately. Bermula dengan ayah saya admitted kerana bisul dan pneumonia. Kelam kabut jugaklah masa itu, bila ayah saya betul betul lemah dan tak berdaya.Alhamdullilah sekarang dia dan sihat walaupun kadang kadang nampak still lemah.

     Kemudian saya menerima berita sedih apabila permohonan visa saya dan anak untuk menemani hubby further study ditolak.Terasa gelap dunia ni...fikirkan macam mana kami nak survive tanpa hubby disisi. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh hubby untuk membolehkan kami bersama dan akhirnya apabila hubby confident maka keputusan diambil untuk saya dan anak menyertai hubby.

     Dan kemuncaknya adalah pada 30/11/12 (akan saya ingat tarikh ini sampai bila bila), bila kami tiba di London Heathrow. Perjalanan selama 13 jam memang meletihkan especially bila amik flight siang dan travel pulak dengan Safiya. Awalnyer, perjalanan kami sangat smooth dan rasa teruja sebab dapat naik A380. Kami tiba di Heathorw Airport lebih kurang pukul 4 petang waktu tempatan. Sangat penat...tapi alhamdullillah selamat sampai di bumi Inggeris. Kami tiba di terminal 4 dan bergegas ke terminal 5 untuk connecting flight ke Manchester.Flight ke Manchester pukul 9 malam. Ingatkan tak payah through pass immigration kat Heathrow....sekali rupanyer passport control di Heathrow bukan di Manchester. Lemah longlai rasa badan...maklumlah saya sebenarnya gamble masuk ke UK sebab dependant visa kami kena reject. So nak cuba masuk sbg touristlah kononnya.

     Pada mulanya pegawai immigration yang bertugas nampak ok...setelah di soal siasat kami diminta menunggu...sehingga hampir 3 jam setengah menunggu akhirnya kami dimaklumkan bahawa hanya hubby sahaja yang boleh masuk ke UK. Saya dan anak????? Kami hanya dibenarkan masuk ke UK dan berada di London sahaja untuk 2 hari atas alasan kami bukan genuine visitor. Ya Allah terasa seperti nak pitam mendengar perkhabaran itu...pelbagai perasaan dirasai....geram, marah tension, penat, mengantuk....semua ada. Hubby merayu untuk kami...dan saya hanya mampu menangis. Safiya sudah lelap. Malam semakin gelap dan sejuk dengan suhu mencecah 0. Flight kami ke Manchester dah pun berlepas.

     Rayuan kami tidak dipedulikan dan kami dibiarkan terkontang kanting mencari hala tuju kami. Di mana kami nak bermalam? Kami sudah menempah hotel di Liverpool untuk tempoh seminggu sementara mencari rumah sewa..... Passport saya dan anak ditahan oleh pihak UKBA dan hanya boleh diambil pada 2/12/12 iaitu pada tarikh kami akan dihantar pulang. Kami menunggu 2 jam lagi untuk medapatkan luggage kami yang tak tahu di mana. Akhirnya tepat jam 1 pagi waktu tempatan kami berjaya mendapatkan hotel di sekitar Heathrow terminal 5 dengan harga mencecah RM300.00 semalam.....ohhhhh sedihnya.

     To cut the story short, akhirnya pada 2/12/12 kami dihantar pulang ke Malaysia meninggal hubby keseorangan. Walau sedih, marah geram dan macam macam perasaan lain...kami redha dan percaya yang Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami.


(thanks to Mr. Google)

4 comments:

Eta Jaafar said...

fara.. kite pun terasa gelap dunia ni if tanpa hubby, hope fara tabah, & believe Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita

Me&Cotton said...

oo baru ku tahu crite yang sebenar.. siap pesan perfurm lag... upanya empunya badan ada di Malaysia... sabar yer Farah... ada yg lebih baik mennanti.. InsyaAllah

ibusafiya said...

tq ita....tp skrg x sedih dah sbb hubby dah di sisi

ibusafiya said...

insyaallah......tq

Post a Comment