Tuesday 1 January 2013

Entry TaHuN BaRu

Salam dan Selamat Tahun Baru,

Alhamdullillah pagi tahun baru 2013 terasa sangat indah....sinar matahari memancar indah dengan kicauan burung.....bergolek golek atas katil wahhhhh sangat seronok :-). 

Bangun je pagi tadi tergerak hati nak check Facebook.....dan alangkah terkejutnya saya apabila membaca status dinding kenalan/jiran lama saya yang kehilangan anakanda tersayang malam tadi. Tak dapat saya bayangkan perasaan si ibu apabila anak yang di kandung dan dibelai dengan penuh kasih sayang pergi meninggalkan ibu dan ayah selama lamanya menemui Penciptanya. Takziah buat Ijat dan suami.

Kami telah berjiran lama namun terpisah membawa arah ketika saya masih bersekolah rendah. Saya bersahabat dengan kakaknya, Dr. Ilyana. Parents kami telah lama bersahabat ketika di Sabah lagi sekitar tahun 1980. Beza umur saya dan Ijat juga amat jauh......mungkin 5-7 tahun. Teringat ketika Ijat berkahwin pada tahun 2010, saya, suami dan ayah menghadiri perkahwinan dia.....dan itulah kali terakhir kami berjumpa setelah bertahun tahun tak berjumpa. Saya ada melihat perkembangan Ijat di Facebook dan ada mendengar berita kelahiran anak Ijat pada tahun lepas......tiba tiba hari ini saya dikejutkan dengan berita kematian anaknya. Di maklumkan punca kematian akibat terjatuh kerusi di mana selepas itu arwah mengalami muntah muntah dan dimasukkan ke hospital. Arwah menghembuskan nafas terakhir pukul 10.40 malam tadi di unit ICU Hospital Sungai Buloh.

Teringat ketika Safiya jatuh tangga di rumah saya 2 tahun lepas sewaktu dia seusia arwah. Terasa terhenti jantung saya pada masa itu.....bengkak dan lebam mata dia dan alhamdullillah tiada sebarang komplikasi. Semoga kita sebagai ibu bapa lebih prihatin dengan keselamatan anak kita di rumah dan di mana jua. Kalau di UK, health visitor akan datang untuk memeriksa keadaan rumah kita sama ada ianya selamat atau tidak untuk anak anak kecil. Pagar di tangga adalah satu kemestian untuk mengelakkan kemalangan di dalam rumah. Dapur juga menjadi kawasan larangan dan jika berlaku kecuaian seperti ini, kita mungkin boleh di dakwa atas sebab kecuaian. Namun ajal dan maut itu di tangan Allah dan dah ditentukan sejak kita di alam Roh... tiada siapa yang boleh melawannya....cuma kita boleh beringat untuk keselamatan anak anak kita.

Kepada Ijat dan suami, tabahkan hati dan bersabar dengan dugaan ini dan anakanda Ayeesha Nur Balqis akan menunggu kalian di pintu syurga. Al fatihah untuk arwah (gambar dari Facebook umi arwah - 20/11/2011 - 31/12/2012).





Bercerita tentang anak, Safiya dah lama mintak saya buat roti jala bila ada kawan dia bawak g nursery.....so untuk memenuhi permintaan anak dara saya, pagi ni saya buat roti jala sebagai brunch kami.






0 comments:

Post a Comment