Thursday 23 May 2013

Kelana Part 3- Berny Riviera-Disneyland

Assalamualaikum
Hari ni seawal pukul 830 pagi kami bergerak ke Disneyland....yeahhhhh. perjalanan selama 1 jam setengah melalui kawasan kawasan kampung di Perancis amat mengasyikkan ditambah pula dengan musim bunga dan juga melihat kekuningan bunga canola di kawasan luas sepanjang perjalanan memang seronok. Subhanallah cantik betul bumi ciptaan Allah...seperti melihat lukisan gambar pemandangan....sangat asyik.
 
Kami tiba di Disneyland pada pukul 1030. Jangkaan kami orang tak ramai memang meleset...rupanya ramai betul orang di Disneyland pada hari tersebut.
Safiya pasti orang pertama yang excited bila sampai di Disneyland. Dulu dia kecil dan tak faham apa apa...tp sekarang hampir semua karakter Disney dia kenal. Favourite dia mestilah Mickey and Friends, Pooh and Friends dan Princesses. Dari Cinderella, Bella, Aurora, Snow White, Ariel, Rapunzel, Princess Teana, Merieva....sofia semua dia kenal. So untuk lebih menyeronokkan dia kami beli costume Snow White dan Mickey Mouse untuk dia berfantasi hari tu.
Kami sempat bergambar bersama Goofy dan Mickey...walaupun que panjang dan menunggu hampir 45 minit...namun sebab Safiya minat maka beraturlah kami menunggu giliran dengan sabar hahahahaha. Tapi bila tiba turn kami...Safiya tak nak bergambar...takut katanya. Aduhhhh....sabar je. Ingat nak bawa dia jumpa princesses tapi que lagi panjang...so batalkan ajelah hasrat kami...nanti kita tengok parade aje ye.
Kami sempat menaiki beberapa ride....sebab orang sangat ramai. Kami beli dua park...Disney Park dan Walt Studio....tapi disebabkan masa yang suntuk...kami tak sempat menaiki ride ride lain. Antara ride yang paling best adalah tour ke film scene. Kami dibawa ke scene movie apa ntah...x ingat. Memang best sangat set dia...sangat real...dari letupan ke hujan ke petir dan ke banjir...fuhhh memang berbaloi beratur panjang.
Acara kemuncak mestilah parade...bukan main suka Safiya melihat watak watak kegemarannya muncul secara live. Dan saya suka tengok pelbagai gelagat kanak kanak lain melihat watak watak favoutire mereka secara live. Mereka nampak kagum...kelakar pulak rasanya. Sepanjang parade memang Safiya sangat happy melambai lambai watak kegemaran dia dan melihat princesses secara real. 
Kami pulang sekitar pukul 8 malam. Ingat nak tunggu night show sempena 20 tahun Disneyland France tapi hubby dah ajak balik...sebab show hanya bermula pukul 10 malam dan jalan ke caravan kami tu jalan kampung...tak de lampu dan tak banyak kereta...so risau kalau apa apa jadi...so akurlah kami dan pulang tanpa melihat night show. Kecewa pun ada...tapi apa boleh buat.... insyaallah ada rezeki boleh datang lagi!!!

0 comments:

Post a Comment