Thursday 23 May 2013

Kelana Part 2 - Berny Riviere-Paris

Assalamualaikum

Hari kedua kami di France. Seawal pukul 9 pagi kami dah bergerak menuju ke Paris. Tujuan utama mestilah melawat landmark utama Paris....Eiffel Tower.

Perjalanan menuju ke Grages Sarcelles yang terletak di Zone 4 Paris mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Hubby dah buat research  parking di situ dan menaiki train ke Paris. Namun disebabkan hari Ahad dan ada pasar macam pasar tani di situ...banyak jalan yang ditutup...maka melilau kami mencari parking. Akhirnya dapat jugak parking dekat dengan train station. Untuk info kawasan Grages Sarcelles adalah komuniti islam dan asia terbesar di Paris...ramai orang Arab dan bila saya boleh bertutur dalam bahasa Arab...walaupun basic je diaorg sgt happy. Makanan halal pun banyak di situ.

Kami membeli day tiket train untuk Zone 1-4 yang berharga 10.40 euro seorang untuk dewasa dan untuk maksu memandangkan dia berumur 18 tahun...tiket dia cuma 7.80 euro sahaja. Tiket ini hanya untuk remaja berusia bawah 26 tahun...dan untuk Safiya tiket dia free. Kanak kanak bawah 4 tahun dapat percuma ride...sepatutnya Safiya dah kena bayar tapi orang kat kaunter tu tak tanya dan lepaskan aje Safiya masuk, so tak payahlah bayar untuk tiket Safiya.


tour guide cilik
Destinasi pertama adalah landmark Paris....Eiffel Tower. Memandangkan hari Ahad...orang agak ramai dan terlepas lagi peluang saya nak naik Eiffel Tower sebab que panjang dan malas nak tunggu. Tiga kali saya ke sini dan masih tak dapat naik juga....apakah tandanya itu En. Hubby???hehehehehe





 
Kota Cinta


 
Destinasi kedua kami adalah ke Notre Dame church. Church yang menyambut ulangtahun ke  850 tahun pada tahun ini. Maksu nak masuk tapi tak dapat jugak sebab que yang sangat panjang. Sabar ye maksu...next time dtg further study kst sini aje ye tak pun kawin dengan orang France *wink wink*.



Destinasi ketiga ke Muzium Louvre. Muzium terbesar di dunia yang menyimpan ribuan lukisan dan artifak lama dan yang paling famous adalah lukisan asal Mona Lisa. Memandangkan masa yang singkat kami tak masuk muzium ni (sebab saya dah pernah masuk...so macam boring nk masuk lagi hehehehehe). Kesian maksu....next time ye.






Destinasi terakhir adalah ke Arc De Triomphe...pintu gerbang yang menjadi landmark Paris. Abis membeli souvenir sebagai kenangan kami bergerak balik ke caravan kami. 


 
Till we meet again Paris!

0 comments:

Post a Comment