Saturday 18 May 2013

Kelana Part 1 - Maidenhead-Dover-Calais- Berny Riviere

Assalamualaikum

Dah lama nak mengupdate trip europe kami tapi kekangan masa menyebabkan entri-entri tersebut tertangguh. So ni adalah entri pertama untuk trip haritu.

Selepas menjemput maksu di Heathrow kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami di Travelodge Medway di Maidstone. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 1 jam setengah tapi sebab heavy traffic dan ada jalan tutup, lambat lah kami sampai...dah gelap baru sampai hotel. Jenuh mencari...ikutkan map hotel tu terletak di servis area di M2...tapi si pakcik tom ni g bagi jalan short cut...punyalah ngeri jalannya. Iyelah kan banyak case pakcik tom salah bagi jalan sampai ada yang termasuk dalam tasik.

Esoknya awal awal pagi dalam pukul 5 kami dah bergerak keluar menuju ke Dover. Feri kami pukul 735 pagi. Jarak dari hotel kami ke Dover sekitar 50 miles....dekat je tapi kami sengaja keluar awal ialah biar cepat dari lambat kan. Kami tiba di Dover sekitar pukul 630 pagi...en hubby memusing musing nak cari Asda sebab nk isi minyak dengan alasan murah (padahal jimat 10 pence je seliter)....last last isi kat motorway jugak hahahahah.

Sampai je di feri terminal kami melalui checkpoint immigration France. Diaorg check passport setiap passenger...punyalah senang nak masuk France...x banyak soal. Selepas tu we all terus ke kaunter cek in dan diberi tiket dengan voucher kid eats free. Selepas tu kami di arah beratur di lane yang ditetapkan. Deretan kereta dah memenuhi dan menunggu masa untuk boarding. Wah saya sangat kagum melihat betapa besarnya feri tersebut yang memuatkan kereta lori dan foot passenger. Dah rasa macam titanic plak. Mengikut rekod dari feri operator, semalam sahaja lebih kurang 6000 lebih lori menggunakan feri mereka untuk menyeberangi selat Inggeris. Banyak kan . 
 
Sebelum memulakan pelayaran

Excited face

Walaupun ini kali kedua kami ke Europe berkereta namun perasaan excited tetap ada. Saya sangat kagum dengan feri yang akan membawa kami menyeberangi Selat Inggeris sebagaimana kagumnya saya menaiki train laju yang boleh memuatkan lori bas dan kereta dalam masa hanya setengah jam. Canggih betul kejuruteraan mereka yang boleh mengorek terowong di dasar laut untuk menghubungkan UK dan France. Kalaulah kita ada kecanggihan begini untuk menyeberangi Selat Melaka ke Indonesia...kan besttt.

Setelah menaiki feri passenger tak dibenarkan berada di dalam kereta...so kami menuju ke tingkat 8 iaitu public area. Di situ disediakan kerusi dan juga cafe untuk penumpang menjamu selera tapi of courselah kena bayar ye. Sekali lagi saya kagum...betapa besarnya feri ni.
Dalam feri (Tingkat 8)
Lounge

Parking
Approaching Calais

Perjalanan selama satu setengah jam terasa cepat sangat...mungkin terlalu excited. Safiya pun happy...dia dah besar dan faham banyak benda sebab tu dia pun turut excited.
Setibanya di Port Calais...kami keluar menuju ke tempat penginapan kami di Berny Riviere sejauh 240km dari Calais. Memandu di sebelah kiri pada mulanya amat kekok namun alhamdullillah hubby dapat adapt cepat...pening jugak kepala nak tune otak yang dah biasa nemandu di sebelah kanan...so we all selalu sebut slogan "always right" untukmengingatkan  hubby...kelakar pulak rasanya.
Mula mula perjalanan sangat smooth. Dari Calais ke Berny Riviere ada tol sebanyak 13.70 euro. Ingatkan jalan highway sampai ke caravan park...rupa rupanya hanya sekerat jalan je. Bila dah hampir sampai pakcik tom buat hal...entah jalan mana yang dia kasih...dari jalan 
highway hingga ke jalan denai di bawanya. Ya allah takutnya perasaan saya hanya Allah yang tahu. Ingatkan dah sesat dan laluan denai sejauh hampir 2 kilometer sangat menakutkan....tiba tiba je kami keluar di celah celah ladang bunga canola yang sedang nenguning. Pemandangannya sangat cantik...speechless dibuatnya dan terpesona seketika.  Akhirnya kami jumpa tempat penginapan kami yang diibarat bagai "Jewel in the forest" sebab tempatnya sangat cantik cuma ianya agak terpencil tapi kawasan persekitaran sangat cantik....subhanallah.
 

On the way...singgah bergambar dulu

Pakcik Tom buat hal

Kami booked caravan 2 bilik dan caravan kami siap dengan tempat barbeku....memang puas hati. Sangat bersih dan selesa untuk kami berempat dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Memandangkan kami sampai awal sempatlah kami berjalan jalan di kawasan yang park...memang tempat ni sangat cantik, tak rugi rasanya masuk jauh ke dalam hutan untuk sampai ke sini.

 




 

rumah orang Perancis yang sangat cantik

membeli groceries
Dinner kami...satay samuri yang diterbangkan khas dari Malaya
 

0 comments:

Post a Comment