Saturday 29 June 2013

Caravan Holiday

Assalamualaikum,

Masih lagi dengan sambungan maksu di UK. Kali ini saya memilih untuk bercuti di caravan park di UK pula untuk memberi peluang kepada maksu merasai keseronokkan percutian caravan ini. Untuk pengetahuan di UK ni banyak sangat promotion harga murah untuk pakej bermalam di caravan. Setiap tahun ada je promotion yang keluar, selalunya dengan mengumpul keratan akhbar. Bila cukup token yang dikehendaki, kita boleh redeem token token tersebut dengan pakej penginapan selama 4 hari 3 malam atau 8 hari 7 malam dengan harga serendah 9 pound seorang di seluruh UK. Caravan pun kita boleh pilih yang standard, deluxe atau yang premium dari tido berdua, berempat, berenam dan berlapan....haaaa bestkan! Satu keuntungan tidur caravan ialah kita boleh memasak...so kalau pergi tempat2 yang tak de makanan halal memang tak perlu risau...perut tetap kenyang:-))

Kami memilih Skip Sea Sands Caravan Park yang terletak di Drifield di sebelah pantai timur UK yang memakan masa hampir 2 jam lebih dari Liverpool. Sebenarnya ini adalah kali kedua kami di caravan park ini, pertama kali adalah pada tahun 2009, masa tu Safiya belum boleh berjalan lagi dan kini kami datang lagi mengimbau kenangan lama...hehehehehe. Saya suka sangat tempat ni yang berada di tengah tengah antara bandar Hull dan bandar Scarborough dan saya sangat suka dengan bandar Scarborough yang sangat cantik.

Sampai di caravan park agak lewat sekitar jam 6 petang...once dah check in kami pun mula lah melilau lilau mencari caravan kami. Berhenti di hadapan sebuah caravan yang sangat cantik dari luar dan tertulis "Senator" di dindingnya. Beberapa kali saya cakap dengan en. hubby, kita ni dah salah tempat ni...bayar murah je tapi dapat caravan sangat cantik. Hubby beberapa kali menyakinkan yang inilah caravan kami...walaupun beberapa kali mengosok mata (cewahhh macam di beri dok istana pulak). Masuk je kat dalam.....mmmmm memang cantik dan berbeza dengan caravan caravan yang kami tido sebelum ni...basis je. tapi ini kalilah memang superb!Alhamdullillah rezeki jangan ditolak:-))
Keesokan harinya kami bersiar siar di bandar Scarborough. Bersantai di tepi pantai tapi cuaca tak cantik...gerimis sepanjang hari dan bila hujan maka cuaca pun jadi sejuk...so aktiviti luar kami pun dikurangkan.
Masih sempat ber"Peppa Pig"
Asal nampak aiskrim nak...ishhh x sedar diri ada asthma
Makan Hagen Daaz tepi pantai dalam hujan...x pe asal bahagia

Balik dari bandar Scarborough kami singgah di pantai...apa nama ntah dah lupa. Terkenal dengan clift2 kecil...pantainya biasa aje tapi pemandangan disekeliling....subhanallah cantik!! Dan saya dan maksu berjaya sampai ke tebing clift...wah bangga woo...lagi 2 penumpang tu bagi alasan asma...so tak boleh hiking:-)
  On the way balik sempat menceroboh ladang bunga kuning ni untuk bergambar dalam hujan gerimis...dengan perasan takut2...kang kena charge trespass pulak:-)
 Dan kemudian menuju ke Hull mencari makanan halal. Alasan dok caravan park boleh masak sendiri....mmmm tak de maknanyer kalau tempat tu boleh cari makanan halal....dan inilah hasilnya, menjamu selera dengan makanan Kurdish...sangat sedap...murah dan banyak!!!
Keesokan harinya masih sempat bercarboot di Scarborough dengan hasil tangkapan yang memuaskan. Kemudian kami menghabiskan masa kami di caravan park...main game di arcade...sangat seronok!!
 

0 comments:

Post a Comment