Wednesday 5 June 2013

Kelana Part 6 - Wasanner- Lisse (Keukenhof)

Assalamualaikum,

Rise and shine. Alhamdullilah hari ke-6 kami di Europe. Hari ini kami bangun agak lewat sebab letih semalam tak hilang. Alhamdullillah cuaca cantik pagi ni so tak sabar rasanya nak ke Keukenhof. Apa yang ada di sana? Nanti kita tengok ye!

Selepas breakfast, kami bertolak ke Lieden yang terletak tak jauh dari park kami menginap. Kami keluar sekitar pukul 9 pagi, nak mengelak heavy traffic...sekali terlupa lah pulak yang hari ni ( 1 May 13) adalah public holiday di Netherlands sempena cuti hari buruh. So jalan agak lenggang di waktu pagi. Alhamdullillah pakcik tom tak buat hal dan perjalanan kami begitu smooth. Perjalanan mengambil masa sekitar setengah jam. Kami tiba di Keukenhof sekitar pukul 9 .30 pagi. Sampai sampai je...kereta dah bertali arus nak mencari parking. Ramai sangat orang...sampaikan parking khas dibuka untuk menampung pengunjung yang datang hari tu. Sempat melihat plat plat kenderaan pengunjung yang datang...rata ratanya orang luar dan ada yang datang dari Spain dan Romania. Jauh sungguh diaorang datang ye....ni mesti pencinta tulip tegar!

Tiket masuk telah dibeli awal oleh En. Hubby, jadi kami tak perlu beratur panjang....tak sabar rasa nak masuk walaupun ini kali kedua saya ke sini. Kali pertama berkunjung pada May 2007...masa tu berdua lagi...tak de yang ketiga:-). Masa kali pertama saya datang tu, saya datang dah hujung waktu...hari terakhir taman itu dibuka, so tak banyak tulip yang berkembang mekar. Masa tu saya dah set, kalau nak datang lg, saya nak datang masa tulip sedang blooming dan alhamdullillah tercapai juga cita cita saya:-).

Apa ada di Keukenhof? Keukenhof merupakan sebuah taman berkeluasan 32 hektar terletak di Lisse, Lieden yang diilhamkan oleh  oleh Datuk Bandar Lisse. Pada mulanya merupakan pengeksport bulb terbesar. Kemudian pada tahun 1949, taman tersebut telah dibuka kepada umum untuk melihat koleksi penaman bunga khusunya tulip. Sambutan mengalakkan dari tahun ke setahun dan sehingga sekarang. Kalau pergi ke bandar Lisse, kita boleh melihat plot plot tanah yang dilitupi tulip. Tulip merupakan sumber pertanian penduduk Lisse. Dan bandar ni juga terkenal dengan pemandangannya yang cantik...ladang ladang tulip yang dikelilingi terusan.  Keukenhof dibuka dari bulan March ke May sepanjang tahun. Blooming period selalunya dalam mid March. Tapi memandangkan musim sejuk yang berpanjangan tahun ni, so blooming period menjadi lambat. Kebetulan masa saya datang tu adalah waktu bloomimg dan pemandangannya memang cantik di penuhi dengan tulip, hyacinths, daffodils and lain lain spring bulb....subhanallah!

Mata memang terpaku melihat kembangan kembangan bunga dan bau lavender yang wangi. Setiap tahun ada tema tema tertentu yang dipilih untuk taman ini dan untuk tahun ni tema yang dipilih adalah Great Britain Garden. Tiket masuk adalah 15 Euro untuk dewasa, 7.50 euro untuk kanak kanak berumur 4-11 tahun dan 6 euro untuk parking. Kalau dari bandar Amsterdam, boleh naik train ke Schipol Airport dan kemudian ada bas yang disediakan ke Keukenhof (transportation mode masa first time kami pergi). Kepada pencinta bunga, ini adalah tempat yang mesti di lawati!

0 comments:

Post a Comment