Assalamualaikum
Hari ni hari terakhir kami di Netherlands. Kami akan pulang ke UK. Kami bergerak meninggalkan Wasaneer sekitar pukul 930 pagi. Sedih meninggalkan kawasan caravan ni...tempatnya cantik dan besar...siap ada theme park tapi tak sempat nak pusing pusing park ni.
Kami decide nak singgah di Brugge. Sebuah bandar kecil yang terletak di Belgium. Bandar yang mempunyai senibina seakan di Amsterdam dan juga mempunyai terusan seperti di Amsterdam. Perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam.
Gambar gambar sepanjang perjalanan menuju Brugge.
Gambar gambar sepanjang perjalanan menuju Brugge.
Tiba
di bandar Brugge...orang agak ramai dan traffic pun boleh tahan. Kami
tak punya banyak masa sebab nak kejar feri pukul 555 petang ke Dover.
Tak sempat menjelajah banyak di Brugge...mengambil gambar mana yang
sempat. Untuk info, selain terkenal dengan scenery yang cantik...pada
musim sejuk Brugge terkenal dengan pameran ais. Pernah ke sini pada
winter 2007 dan sempat ke pameran tersebut. Sempat beramah mesra dengan
penduduk tempatan yang friendly. Dia tanya kenapa saya suka Belgium
particulary Brugge. Saya jawab sebab pemandangannya dan dia kata dia tak
suka Belgium dan kalau dia tourist dia tak akan datang ke Belgium.
Lol....itulah manusia...tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang
ada.
Perjalanan
ke Calais diteruskan. Perjalanan selama 1 jam setengah. Kami tiba
sekitar pukul 430 petang...traffic agak sibuk. Melepasi pemeriksaan UKBA
dengan mudah...alhamdullilah. Pelik sebab kalau kat airport UKBA sangat
strict...tp kat port mudah sangat nak masuk UK. Tak perlu nak isi
landing card bagai. Masa naik train dulu siap kena turun untuk isi
landing card dan beratur dekat UKBA kaunter.

Apa
apa pun alhamdullillah kerana kelana 8 hari 7 malam kami ke 3
negara Eropah selamat dan lancar tanpa sebarang perkara buruk. Syukur
alhamdullillah. Kami dapat feri pukul 530 instead of 555 petang sebab
kami sampai awal. Kami tinggalkan Calais dengan seribu kenangan manis
especially untuk maksu. Pelbagai pengalaman dilalui untuk di kenang
sebagai memori terindah.
0 comments:
Post a Comment