Tuesday 19 February 2013

Alhamdullillah

Alhamdullilah, syukur pada Allah....akhirnya doa kami dimakbulkan! Syukur:-)

Tengahari semalam saya dan hubby pergi ambil visa saya dan Safiya di VFS Malaysia...berdebar debar rasanya. Kami dapat SMS yang visa boleh di ambil lebih kurang pukul 12 tengahari, kelam kabut juga di buatnya sebab kami kena ambil sebelum pukul 2 petang. Maka berkejaranlah kami ke Wisma MCA Jalan Ampang untuk mengambil visa kami. Kenapa kami kena collect semalam jugak? Sebab kami nak kena beli tiket flight, takut tiket mahal sebab beli last minute. Harapan nak balik satu flight dengan hubby memang dah berkecai sebab tiket dah habis huaaaaaa.....berpisahlah kami nampaknya.

Nak di jadikankan cerita, oleh kerana dah clumsy tahap melampau masa nak collect visa semalam....boleh pulak kami terlupa nak bawak collection resit...bila dah masuk highway baru perasan...sengal betul :-)))). Dahlah nak mengejar masa bagai....nasib baik tak jauh lagi dan kami sempat buat u turn. Bila dah macam ni, mulalah fikir yang bukan bukan...terfikir, entah entah visa sangkut lagi sebab macam banyak dugaan je. Akhirnya sempat juga kami sampai setengah jam sebelum pukul 2 petang. Dan bila buka je sampul surat dari UKBA processing centre di Manila.....alhamdullillah alhamdullillah akhirnya berjaya juga. Saya dah terfikir kalau kali ni reject lagi, tak hingin dah saya reapply...biarlah hubby g sorang (eksyen konon). Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Kitaorang pun terus berkejar ke Qatar Airways office nak beli tiket, sekali check ada perbezaan harga dalam RM 300. Orang Qatar tu kata kalau nak murah beli online...apalagi kami pun terus cari Internet cafe...sekali jumpa yang Etihad Airways lagi murah...jimat dalam RM900. Inilah yang dinamakan rezeki sebab pagi semalam sebelum ambil visa, kitaorg dah check tiket Etihad, tak de pun harga yang kitaorang dapat tu....alhamdullillah dan syukur kerana Dia telah mempermudahkan urusan kami.

So, insyaallah kami akan bertolak pada hari Khamis ni, cuma berbeza penerbangan sahaja. Hubby akan menaiki pesawat Emirates pada pukul 710 malam yang transit di Dubai dan saya dan Safiya menaiki pesawat Etihad pada pukul 825 malam yang transit di Abu Dhabi, dan saya dan Safiya akan sampai di Manchester setengah jam awal dari hubby.

Semoga perjalanan kami lancar dan di permudahkan semua urusan kami dan selepas ini bermulalah satu lagi fasa baru dalam kehidupan kami , insyaallah. Perasaan sekarang bercampur aduk antara gembira dan sedih. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami dan melindungi kami serta menjaga orang orang kesayangan kami di bumi Malaya.

0 comments:

Post a Comment