Thursday 28 February 2013

House Hunting Part 2

Assalamualaikum,

Alhamdullillah hari ni dah hari ke-6 kami di Liverpool dan semalam kami pergi view satu rumah di kawasan Dingle, Liverpool 8. Appointment dengan agen pukul 12 tengahari nak tengok rumah. Sebelum pergi, tengok dalam internet, rumah tu nampak ok. So kami dah nekad yang ambil je rumah tu sebab kawasan dia pun dekat dengan city centre, bermakna dekat dengan universiti jugak.

So semalam tepat pada masa yang dijanjikan, kami pun pergilah ke rumah tersebut dan agen pun datang awal. Alhamdullillah walaupun rumah tu kecil namun kami berpuas hati buat masa ni, malas nak fikir fikir dan demand lebih lebih lagipun rumah kami tu dekat sangat dengan train station, bukak pintu dah nampak.Sewa rumah sebulan ialah GBP500, rumah unfurnished tapi ada white goods untuk kitchen. Rumah 3 bilik, dengar macam besar, tapi rumah tu comel je...oklah buat kami 3 beranak. Kami amik minimum kontrak untuk 6 bulan dulu. Nanti dah ada kereta boleh ronda ronda cari umah lain :-)

So semalam, once kami dah setuju, kami terus call office agen dan reserve rumah tu dengan bayaran GBP180. Selepas tu, agen forward online form untuk kami isi dan juga agen perlukan sorang referee. So hubby call supervisor dia dan dia setuju untuk jadi referee. Pagi tadi kami ke office agen untuk hantar dokumen yang diperlukan dan katanya hari Jumaat ni mungkin tak sempat masuk so mungkin latest by Monday. So nampak gayanya terpaksa kami bermalam di hotel lagi. Apa apa pun next week pasti kami busy lagi sebab once dah masuk umah, kami kena register sekolah Safiya dan register GP dan dentist. Lepas tu kena beli barang barang rumah, maklumlah rumah kosong, so macam macam benda nak kena beli dah macam rasa baru kawin plak.....terkenang saat saat nak start hidup lepas kawin dulu :-)

Ini gambar umah sewa kami yang diambil dari website agen.



Gambar Depan


Living + dining


Toilet


Master bedroom




Bilik


Backyard


Kitchen

4 comments:

Anonymous said...

auwww comelnya awak rumah ni...Nurul

Unknown said...

Memang comel nurul, ni pun sewa dekat rm2000 sebulan. Ni lah umah kat uk, cute muit

Eta Jaafar said...

nanti lepas dh decorate show off tau.. kite nk tgk cmne u decor umh ni.. klu gmbr farah dlm bath tub tu pn best. Hahahaha

Unknown said...

Insyaallah ita, yang pasal kat bath tub tu pun I usaha kan ye! Bila nk mai sini?

Post a Comment