Saturday 23 February 2013

Selamat Tinggal

Salam,

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba,...sedih apabila kaki terpaksa melangkah meninggalkan orang orang tersayang.

Di saat saat akhir kami menerima kunjungan sahabat lama ketika di Bradford dulu. Kak nik dan Ustaz Halim dan anak anak datang mengunjungi kami dari Kota Bharu. Kak Nik mengirim thesisnya untuk dihantar ke universiti lama. Tak sempat memberi layanan istimewa memandangkan kami kalut mengemas rumah dan barang di saat akhir. Maaf ye Kak Nik dan Ustaz, jangan serik datang lagi ye! Terima kasih kerana sudi menghantar kami ke airport.

Kami tiba di KLIA pada pukul 430 petang dan orang sangat ramai di airport. Bertembung dengan rombongan rombongan umrah. Proses mendaftar masuk agak lama juga sebab ramai rombongan umrah. Selesai proses mendaftar masuk, mak abah adik dan kakak saya sekeluarga tiba dari Kluang selepas menziarahi bapa saudara saya yang meninggal dunia. Alhamdullillah sempat juga saya bersama mereka di saat saat akhir....ingatkan mereka tak sempat datang. Terima kasih kepada yang sanggup mengambil cuti untuk menghantar kami ke airport, semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Sedih meninggalkan mereka namun saya tak boleh berpatah balik. Hubby dah boarding dulu sebab flight dia pukul 730 malam. Saya masih sempat bersama keluarga saya dan akhirnya tepat pukul 730 malam tiba giliran saya dan Safiya mengucapkan selamat tinggal. Sebak rasa, terlihat wajah sayu Safiya. Semalam tak putus putus dia berdoa agar Allah panjangkan umur abah dan mak saya agar kami dapat berjumpa semula....sedihnya.

Perjalanan pertama dari KLIA ke Abu Dhabi agak lancar walaupun sedikit kelewatan berlaku kerana mengambil masa untuk boardingkan semua penumpang. Penuh pesawat Etihad malam ni...moga perjalanan saya mendapat barakah kerana terbang bersama jemaah umrah, moga satu hari nanti hajat saya ke sana dimakbulkan, Amin! Cuma yang tak berapa menarik servis dari anak kapal ini amat lembab! Berjanggut menunggu dinner..dari rasa lapar terus kenyang. Apa apa pun Safiya dah lena sekarang ni, semoga dia behave sepanjang perjalanan dan semoga semua urusan kami dipermudahkanNya .

























0 comments:

Post a Comment