Thursday 21 February 2013

Sebak

Assalamualaikum,

Malam ini merupakan malam terakhir saya di bumi Malaya. Selepas ini kami akan memulakan perjalanan baru dalam hidup kami di Tanah Inggeris. Entah mengapa kali ini saya berasa amat sebak untuk meninggalkan insan insan tersayang di bumi Malaya.

Tiada lagi perasaan "excited" seperti kali pertama menjejakkan kaki di Tanah Inggeris pada tahun 2006. Mungkin ketika itu saya masih muda dan perasaan seronok untuk mengembara dan merantau masih berkobar kobar. Kalau dahulu orang kata, tak sedih ke tinggal family? Pada masa tu tak rasa begitu sedih sebab tak sabar nak menjelajah ke seluruh pelusok dunia.

Tiada juga perasaan sebak ketika saya ke Tanah Inggeris November lepas ketika visa saya dan Safiya ditolak. Mungkin ketika itu saya tak merasa sebak kerana saya dan Safiya akan pulang ke tanahair pada hujung Januari untuk menguruskan permohonan visa kali kedua. Mungkin masa tu rasa macam pergi melancong je. Tapi kali ni bila saya akan pergi untuk satu tempoh yang lama....dan hanya akan balik for good bila urusan hubby selesai, itu yang membuatkan saya sangat sebak!

Walaupun berat namun peranan saya sebagai isteri harus berkorban buat sang suami dalam mencapai cita citanya. Saya harus bersama dia ketika susah dan senang....menjadi teman dan pendengar setia. Namun dalam masa yang sama, sebak saya bila hendak meninggalkan ayah bonda tercinta yang semakin uzur. Safiya juga menangis hendak meninggalkan mereka, mana tidak, setiap hari kami akan berkunjung ke rumah mereka sehingga kalau sehari tak ke sana Safiya dah bising mengajak ke sana walaupun kadang kadang dia ke sana hanya untuk "bergaduh" dengan maksu dan makcik dia.

Wahai hati tabahlah dan wahai mata tidurlah....walaupun penat menguruskan pelbagai perkara semenjak 2-3 hari ni, namun saya tak boleh tidur malam ni...memikirkan pelbagai benda yang membuatkan saya sebak! Moga Allah pelihara orang orang kesayangan saya. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka dan panjangkan umur mereka dan ketemukanlah kami semula.

Di hari terakhir permintaan Safiya harus ditunaikan. Setiap hari bila tanya " Safiya nak malam apa"? Dia akan jawab " makan care about". Mula mula dengar macam kerbau....rupa rupanya Kenny Rogers sebab dalam iklan dia sebut "I care about you..." Hehehehehe


Anak dara yang demand





Dan malam tadi juga kami menghabiskan packing kami....memang suka buat kerja last minute!


Busy busy busy, do not disturb!




Apa tu....


Daun kesum untuk dibiakkan....rindu nanti!

Doakan perjalanan kami dipermudahkanNya ye.

P/s: saya terima berita sedih yang pakcik saya, adik ipar mak saya meninggal dunia Mahgrib tadi akibat terjatuh di bilik air. Mak, abah, adik dan kakak saya sekeluarga akan menziarahi keluarga makcik saya di Kluang, Johor esok dan mungkin mereka tak dapat menghantar saya ke KLIA (sedih sedih). Takziah pada makcik saya sekeluarga dan semoga roh arwah ditempatkan bersama sama orang orang soleh. Al-fatihah.

4 comments:

Post a Comment