Saturday 23 February 2013

Safely landed

Salam,

Alhamdullillah,akhirnya kami selamat tiba di bumi England tepat jam 630 pagi waktu UK pada hari Jumaat, 22 Februari 2013. Alhamdullillah urusan immigration berjalan lancar. Syukur kerana urusan kami dipermudahkanNya.

Dugaan sedikit ketika dalam penerbangan kedua dari Abu Dhabi ke Manchester where we had a bumpy ride sampaikan saya mabuk.....teruk sangat rasanya sampai saya menangis, tak pernah saya mabuk sebegitu teruk. The bumpy ride lasted for about one hour, seksa betul rasanya.

Setibanya di Manchester dan selepas melepasi immigration, saya dan Safiya terus keluar ke ruangan menunggu untuk menunggu hubby yang di jangka tiba setengah jam lagi. Alhamdullillah tiada immigration officer dan anjing di pintu keluar...lepas semua barang barang yang saya bawak terutamanya iklan bilis dan keropok.

Setengah jam kemudian hubby tiba dan akhirnya kami sekeluarga bersama semula:-). Kemudian saudara Zaki dan Amran tiba untuk membaca kami ke Liverpool. Memandangkan jam baru pukul 9 pagi dan kami tak boleh check in hotel lagi, maka kami di hantar ke rumah Saudara Adi dan Izan. Di rumah beliau kami disajikan dengan sarapan nasi lemak. Alhamdullillah, seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Sambil bersembang, kami sempat mengoggle rumah sewa. Terima kasih kepada Adi dan Izan yang sudi menerima kami sebagai tetamu.

So misi selepas ini adalah mencari rumah sewa. By hook or by crook, kami mesti dapatkan rumah sewa sebelum Jumaat ini. Doa doakan ye! Hari ini kami ada satu appointment untuk view rumah. Harapan kami biarlah rumah itu ok dan berdekatan dengan sekolah. Di Liverpool, rumah sewa adalah melalui agen, so nak cari rumah takut lambat sebab nak view pun kena buat appointment. Kalau di Bradford dulu, sewa melalui landlord lebih cepat. Susah jugak nak mencari rumah yang betul betul berkenan di hati dengan harga yang berpatutan. Semoga urusan kami dipermudahkanNya , amin.



Muka excited Safiya @Manchester Airport tunggu abah.

2 comments:

Eta Jaafar said...

ita doakn fara dpt umh cpt. ita pn by friday nk cuba hntr fh g bby sitter. debar jugak.

Unknown said...

Thanks Ita. Ita nak start keje dah ek? Antar FH kat mana? Mesti FH dah cerdik sekarang kan.....hug and kisses to FH:-)

Post a Comment