Thursday 21 February 2013

Hari Terakhir di Sekolah

Salam,

Akhirnya, masa yang ditunggu sampai. Hari ini (Rabu) Safiya dah tak ke sekolah lagi. Saya sengaja berhentikan dia awal agar dia dapat berehat dan menghabiskan masa bersama Tok Wan, Tok Bebek dan maksu makcik....lepas ni entah bila nak berjumpa.

Pagi ni saya bawak Safiya ke sekolah bersalaman dengan semua cikgu dan mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga dan mendidik Safiya dengan baik selama hampir 2 tahun. Dari Safiya tak tahu apa apa sehingga Safiya boleh menulis, membaca doa, menyanyi dan berdikari.

Walaupun sekolah Safiya hanyalah taska kampung, namun kredit diberikan kepada sekolah, guru besar dan cikgu cikgu atas usaha mereka dalam mendidik anak anak kecil ini menjadi orang berguna di masa hadapan. Saya kagum dengan usaha Puan Hajjah selaku guru besar, menawarkan suasana pembelajaran yang baik untuk murid murid di kawasan tersebut. Yuran yang dikenakan amat murah berbanding dengan taska taksa di luar yang mungkin mencecah ratusan ringgit sebulan. Puan Hajjah lebih menekankan kepada tanggungjawab sosial dalam mendidik anak anak ini dan semua dilakukan demi Allah. Baginya itu adalah jihadnya dalam mendidik anak anak ini menjadi insan berguna. Saya difahamkan taska ini telah beroperasi selama 14 tahun.

Sepanjang berada di sini, Safiya tidak pernah mengeluh bosan. Dia amat suka ke sekolah, walaupun mendengar suara Puan Hajjah membuat dia gerun. Puan Hajjah ni tegas orangnya! Sepanjang berada di situ Safiya saya tak pernah mengadu dirotan dan dimarah (walaupun saya rasa ada sebenarnya...tapi untuk tujuan mendidik saya dan hubby tak kisah).

Walaupun ianya hanyalah sebuah sekolah kampung, saya dan hubby tak kisah untuk menghantar Safiya ke sana. Jarak yang agak dekat merupakan faktor penarik namun akhirnya kami jatuh cinta pada sekolah tersebut....walaupun ia bukan sekolah yang perfect. Saya dan hubby nak Safiya bergaul dengan semua orang....supaya dia belajar yang tiada perbezaan antara kita semua tanpa mengira pangkat, keturunan, bangsa dan agama. Di sekolah itu, ada pelbagai latar belakang keluarga, ada yang senang dan ada yang susah dan kami selalu mengingatkan Safiya agar dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada setelah melihat dan berkawan dengan rakan rakan yang kurang bernasib baik.


 Apa apa pun sejuta terima kasih saya ucapkan pada semua guru guru Safiya, Puan Hajjah, Ustazah Banun, Ustazah Fatimah, Teacher Zizah, Teacher Faridah dan guru guru lain yang saya tak sebut namanyer ( tak ingat, maafkan saya) kerana telah mendidik Safiya sebaik mungkin....kalau ada kekurangan pada Safiya, itu adalah kerana kelemahan saya dan hubby. Semoga Allah membalas jasa jasa baik kalian, insyaallah.


Dengan Teacher Zizah a.k.a Mak Jaja


Bersama Puan Hajjah (Guru Besar)


Bersama Ustazah Banun


Dalam kenangan

1 comments:

Post a Comment