Thursday 28 February 2013

House Hunting

Assalamualaikum,

Hari ke-5 kami di bumi Liverpool dan kami masih mencari rumah sewa. Untuk sementara waktu ni kami menetap di hotel. Kami kena cari rumah by this Friday, kalau tak mana kami nak duduk. Nak beli hotel last minute sangat mahal.

Kami start cari rumah pada hari Isnin. Sebab Sabtu dan Ahad, agen tutup. Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, di Liverpool rumah sewa adalah melalui agen, nak cari private landlord sangat susah. So kami tengok dalam website dan kemudian call agen untuk view rumah. Masalah nak dapatkan view appointment sangat rumit sebab kita tak dapat appointment on the spot, kadang kadang kena tunggu 2-3 hari. Lepas view rumah, kalau ok, kena tunggu lagi 3-4 hari untuk credit check dan sebagainya. Kalau tak ok, kena start lagi proses mencari. Sangat rumit proses untuk mendapatkan rumah di sini.

Semalam kami dapat view 2 rumah je...yang satu tu ok tapi kawasan dia nampak crowded dan yang satu lagi tu kawasan kejiranan nampak gerun. Banyak migrant Europe kat situ. Kami call cab untuk ke rumah rumah tersebut dan balik kitaorang naik bas. Kesian Safiya....penat dia dan dahlah cuaca sangat sejuk...semalam cuaca di sini adalah 0'C, memang dah tak larat nak jalan. Saya pun dah start sakit tekak dan batuk, petanda nak kena cold...cepat cepat beli ubat.

Sambil gi tengok tengok rumah semalam, kami sempat ke dobi untuk mencuci kain baju. Kos untuk mencuci baju selama 20 minit lebih kurang 3 pound dan keringkan baju untuk 30 minit lebih kurang 3 pound. Balik dari laundry, kitaorang gi lunch di St John mall. Makanan halal, alhamdullillah senang di sini...banyak sangat kedai makanan halal.



Insyaallah hari ni kami akan terus mencari rumah. Doakan agar kami urusan kami berjalan lancar dan doakan agar kami dapat rumah sewa by this Friday ye! Tak sabar rasa nak memasak...tiap tiap hari asyik makan kari je, jemu pulak rasanyer. Harap harap kami dapat finalize rumah by today, kalau tak kami kena cari hotel untuk minggu depan.

Doakan juga agar kami diberi kesihatan yang baik, saya tak boleh sakit dan saya mesti kuat untuk mengharungi semua ini. Kalau ikutkanhati memang rasa dah berputus asa tapi saya tak boleh menyerah. Mungkin perjalanan berliku hari ini akan menjadi manis di masa depan, insyaallah. Alhamdullillah kami juga dipertemukan dengan orang orang yang baik hati dan sudi membantu ketika memerlukan walaupun berlainan bangsa dan agama.

Gambar gambar kami di Liverpool untuk tatapan.

 tunggu bas ke city centre

Liverpool city centre

 Liverpool one bus station


 Fitting kasut @Cheshire Oaks Outlet

Kasut sekolah

Dalam bas



Lunch


Chicken curry

0 comments:

Post a Comment