Wednesday 20 March 2013

19 days

Assalamualaikum,

Hari hari berlalu terasa begitu pantas. Sedar tak sedar dah hampir 3 minggu kami di bumi Queen Elizabeth. Benar kata pepatah, penantian itu satu penyiksaan dan akhirnya genap hari yang ke-19 barulah kami menerima berita gembira yang rumah sewa kami sedia diduduki. Alhamdullillah, lega sangat rasanya. Dah tak tahan dok hotel lagi...mana tak, setiap hari makan nasi bungkus, tak kedai pakistan kedai cina muslim ataupun makan vege piza...dah tak terlarat nak telan. Dan staff hotel pun sampai dah kenal kitaorg...mana taknya mula mula book hotel kat Bradford hanya untuk 4 hari 3 malam. Bila rumah tak ready, setiap pagi hubby akan ke counter untuk tambah penginapan kami...setiap hari hinggalah hari yang ke 19....huhuhuhu naik letih rasanya namun kami redha kerana kami yakin Dia merancang yang terbaik buat kami.

Alhamdullillah, pengalaman menetap di UK (Bradford secara specificnya) sebelum ini, banyak membantu. Kami tahu ke mana nak tuju dari mencari hotel dengan harga berpatutan sehingga ke kedai kedai makanan halal Pakistan dan Chinese. Dan alhamdullillah juga kami masih punya kawan di sini iaitu Ustaz Rizal dan Masya dan anak mereka, Humairah. Sepanjang berada di Bradford dari hari pertama, Ustaz Rizal dan Masya tak putus putus menghulurkan bantuan. Dari mengambil dan menghantar kami ke hotel, membawa kami membeli kereta, menjemput makan, menjemput memasak dirumahnya, menumpang basuh baju.....kami sangat berterima kasih kepada mereka. Ada masa kami tidak dapat memenuhi undangan mereka kerana tidak mahu menyusahkan mereka terutamanya Masya yang kini sedang menumpukan perhatiannya 100% untuk menyiapkan PHDnya, memandangkan dia akan bersalin pada June ni dan di jangka pulang ke Malaysia for good pada Julai ini, insyaallah. Terima kasih atas layanan kalian dan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Safiya dan Humairah

Di kesempatan berada di Bradford dan oleh kerana tiada tujuan, sekadar bermalam sementara menanti rumah sewa, maka kami hanya bersiar siar sekitar Bradford saja. Nak gi jalan jalan pun tak de mood. Tiap tiap pagi menapak ke bandar sementara menunggu bilik dibersihkan.  Antara gambar gambar yang sempat dirakam.

 

 Bradford and little Bradfordian



Dinner
 
@ Kenny Rogers
 
 Junction 32

 Soping
 


 Lunch
 
@ Annams
 
 Snowing

Nasi Goreng @ Chinese

Till next entry...have a good day!

0 comments:

Post a Comment