Wednesday 27 March 2013

4 days 3 nights -Part One

Assalamualaikum,

Khamis lepas, kami sekeluarga bertolak ke London untuk seisi memperbaharui passport kami. Hari tu kat Malaysia tak sempat nak buat (buat buat tak sempat sebenarnya). Kami bertolak dari Liverpool sekitar pukul 1030 pagi, selepas bersarapan bagai. Hubby decide nak singgah Cadbury World dulu.

Cuaca sepanjang perjalanan sangat cantik...langit biru, matahari bersinar indah namun panasnya tak ada pun, sejuk adalah:-). Perjalanan dari Liverpool ke Cadbury World di Birmingham mengambil masa selama lebih kurang sejam setengah....campur tolak tambah sesat bagai (walaupun ada En. Tom...tapi En. Tom ni bukannya boleh percaya sangat) lebih kurang pukul 1230 tengahari kami pun tibalah di Cadbury World.

Welcome to Cadbury World!

Punyalah ramai orang kat CW...kebanyakkannya group budak budak sekolah buat lawatan. Sampai je hubby terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket dan kami dapat slot pukul 2.00 petang. Kat sini, waktu masuk diberi mengikut slot masa...bukan boleh masuk sebarangan sebab mungkin nak elakkan kesesakan sebab tempatnya agak kecil. Apa yang menarik di CW? Ini adalah kali kedua lawatan saya ke sini. Kali pertama sekitar tahun 2008 ketika makcik dan maksu berkunjung ke UK (masa tu Safiya masih dalam perut).  Saya juga berpeluang ke Cadbury World di Dunedin, New Zealand pada tahun lepas. Sebenarnya ia adalah kilang membuat coklat Cadbury dan merupakan kilang Cadbury pertama yang didirikan di Bourneville, Birmingham pada tahun 1879. Cadbury jenama yang berasal dari UK dibangunkan sekitar tahun 1830-an oleh John Cadbury. Sangat kagum dengan sejarah penubuhan kilang ini di mana pembinaan kilang ini adalah untuk membantu ekonomi penduduk di kawasan Bourneville. Selain kilang ini, pengusahanya juga telah membina rumah, sekolah dan gereja untuk pekerja pekerjanya dan penduduk penduduk di sekitarnya. Tidak hairanlah town planning kat UK ni sangat sistematik. Setiap kawasan ada bandarnya sendiri, tidak tertumpu di bandar besar...even di kampung pun ada superstore dan bank.

 
 Harga semasa

 

Sementara menanti pukul 2.00 petang, kami sempat menikmati lunch di kafe yang disediakan. Pilihan lunch yang ada dan mengenyangkan serta yang bersesuaian ialah jaket potato dan hot chocolate. Alhamdullillah kenyang jugaklah perut melayu kami. Safiya pun bukan main berselera lagi...ialah cuaca sejuk, perut pasti sentiasa berkeroncong.

 Jaket potato

Tuna filling
 
With hot chocolate
 
Nyaman

Tepat pukul 2.00 petang, kami pun memulakan penerokaan kami di CW. Di pintu masuk chocolate di beri sebagai door gift. Mula mula kami melalui kawasan yang menceritakan tentang sejarah koko...di mana dan bagaimana koko ditanam dan di bawa ke UK. Ada replika pokok koko....mat salleh mesti terbayang bayang macam manalah rupa koko ni, macam kita yang heran dan excited bila tengok pokok epal. Kita plak tak heran dengan pokok koko...dulu masa kecik kecik, makan buah koko tu mentah mentah je:-). Kemudian adalah di pamerkan tentang sejarah Cadbury, ada video dan sebagainya. Ada packaging Cadbury masa mula mula dulu hinggalah yang latest. Lambang 2 gelas susu yang dari dulu dulu lagi.

Entrance
 
 Safiya boleh pulak takut masa kat sini

Tu kat belakang tu Koko Man @ Org Ghana kot, sebab katanya koko diambil dari Ghana
 
Muka tetap cuak
 
Nak bergambar dengan orang ni, dia yang siap suruh buat action ni
 


Semasa berada di kilan pembuatan, gambar tidak dibenarkan diambil. So tak de lah gambar dalam kilang...tapi sempat juga curi curi snap:-))). Yang paling mengujakan dalam CW ni ialah bila tiba masa untuk Cadabra ride...sangat teruja:-))) Sebab teruja? Perjalanannya seperti ke alam fantasi, sangat menyeronokkan! Dah macam budak budak pulak...tapi Safiya pun speechless bila naik ride ni dan dia sangat kagum dengan fantasi di situ!













Di kilang, kami sempat snap beberapa gambar

 Tulis nama dengan coklat


Handmade chocolate
 


Tidak sah lawatan tanpa membeli sebarang cenderamata. Gambar gambar di Souvenir Shop.

Rabbit sempena Easter
 




Alhamdullillah berakhir sudah pengembaraan kami di CW. Safiya sangat seronok. Kalau ikutkan CW UK lagi best dari CW NZ...tapi setiap tempat pasti punya keistimewaannya. Ada rezeki boleh datang lagi ye!

Berposing sebelum balik
 

I cant eat ice cream...i want it badly!
 
Perjalanan ke London diteruskan dalam keadaan cuaca yang semakin sejuk.










0 comments:

Post a Comment