Wednesday 27 March 2013

Update

 Assalamualaikum,
Alhamdullillah genap 2 minggu  kami mendiami rumah ini. Sangat seronok dengan persekitaran kawasan ini yang sangat sunyi dan tenang. Kawasan perumahan pun agak bersih berbeza dengan di Bradford dulu. Rumah pun bersih dan kedap angin....tak sesejuk rumah di Bradford dulu, mau tercabut tulang tulang menahan sejuk. Jiran jiran pun ada yang baik, jumpa bertegur sapa dan ada juga yang sombong, jumpa senyum pun tak nak...apa apa pun just mind your own business.
Rumah saya berdekatan dengan train station Brunswick. Hanya satu station ke Liverpool Central....dan bas pun ada di train station tu, jadi sangat mudah untuk ke city centre....jalan kaki pun boleh...tapi dengan Safiya, susah sikit nak berjalan kaki. Tak sabar tunggu kedatangan maksu...bolehlah kita jalan kaki ke Albert Dock:-). Hubby pun dah start bertugas di LJMU. Dia hanya menaiki bas ke universiti...sangat mudah.

Last week kami sempat ke beberapa sekolah di kawasan perumahan ini untuk mendaftar persekolahan Safiya. Tempat pertama kami tuju ialah St Silas Primary School. Saya difahamkan yang sekolah ni ramai pelajar Islam (ramai orang Arab) sampaikan pack lunchnya pun halal. Walaupun jaraknya agak jauh dari rumah ( jauh untuk jalan kaki, kalau naik kete 5 minit je) tapi rasa berbaloi sebab ada Muslim student, bukan apa sekolah yang berdekatan rumah kebanyakkan adalah sekolah aliran katolik dan sekolah gereja. Bimbang juga...sebab ada satu sekolah tu dia siap tulis dalam website "if you intend to send your children to this school, please prepare to send them to church now". Begitulah bunyinya....seramkan. Ada sekolah tu yang kami pergi, masuk je kat main entrance terpampang lambang salib yang sangat besar...pengsan kejap:-). Bimbang kerana budak budak ni cepat mengikut dan macam Safiya ni dia lebih percaya cakap cikgu dari cakap kami. Namun sedikit hampa kerana semua sekolah penuh. Oleh itu kami pilih St Silas dan Safiya hanya boleh mula bersekolah di Year One pada September ini. Lama lagi tu. Tapi next week sekolah dah start bercuti hingga mid April sempena Easter dan selepas tu sekolah akan start bercuti dari end June hingga early September sempena summer holiday....so ok kot...tak delah Safiya rugi sangat tapi saya pulak yang pening sebab setiap hari bergaduh dengan saya huhuhuhuhu.

Memandangkan rumah kami unfurnished jadi kitaorg beli barang barang yang penting dulu macam katil. Yang lain slow slow...so untuk Eta nanti kita update tentang rumah ye. Tunggu summer baru boleh bergerak aktif ke carboot sebab sekarang ni sejuk...tak larat nak bercarboot. Semalam juga En. Virgin (takut dengar) datang untuk memasang kabel tv, landline dan internet. So lepas ni Safiya bebas tgk youtube tak yah sekat sekat macam kat Malaysia dulu dan selepas ni rancangan tv pilihan adalah Ceebebies sepanjang masa (sigh)!

Semalam sempat menganti puasa....sementara Maghrib sekitar pukul 630 petang. Itu pun dah tak larat sebab sejuk....lapar selalu. Macam Safiya asyik nak makan je. So semalam dapat masakkan dia kari ikan bawal emas. Suka sangat sebab itu lauk favourite dia. Nasib baik ikan tu ada jual kat kedai pakistan...walaupun ikan beku namun rasanya tetap sedap! Alhamdullillah makanan halal pun senang dapat walau tak sebanyak di Bradford...di mana Tesco dan Asda pun ada jual ayam dan daging halal.

So ini gambar menu kami semalam. Pagi tadi goreng paratha segera cicah dengan kuah kari....mmmmmm nyaman.

Watak utama dan sampingan
 
 
 Warna warni

 
  

 
Selamat
 
 Tada...
 
En. Virgin dan Safiya
 
Breakfast the next day
 

0 comments:

Post a Comment