Wednesday 27 March 2013

4 days 3 nights - Part Two

Assalamualaikum,

Perjalanan kami dari Birmingham ke London mengambil masa hampir 3 jam. Dah dekat dekat nak sampai jalan boleh jam pulak. Nak keluar satu simpang sahaja hampir 45 minit...uisshhh ni lah akibat berjalan masa time orang balik kerja. Tapi yang menarik nak share di sini adalah sikap pemandu orang putih ni. Ingatkan baik sangat...x jugak, diaorang pun potong barisan...ramai plak tu. Kesimpulannya, kat mana mana pun sama...drivers sekarang ni dah tak de sivik macam drivers dulu dulu.

Sampai di hotel, kami terus memesan makanan on phone. Alhamdullillah nasib baik ada kedai makanan halal dan diaorang boleh buat delivery lagi. Dinner kami ialah nasi beriyani Pakistan. Kami menginap di Premier Inn Heathrow M4.

Esoknya, kami bertolak sekitar pukul 7 pagi. Kedutaan Malaysia buka pada pukul 9 pagi. Kami menaiki transfer bas dari hotel ke Terminal 5. Tambang 4 pound seorang. Sampai di Terminal 5, kami beli one day travel tiket untuk Zone 1-6 untuk ke Hyde Park Corner. Terkejut kami melihat tambang tiket sebanyak 16 pound seorang...rasa rasa dulu taklah semahal ini. Rupa rupanya sebab kami travel masa peak hour. Kalau masa off peak, tambangnya hanya sekitar 8 pound seorang, seganda tu tapi memandangkan kami mengejar masa...kami pejamkan je mata huhuhuhu. Dari Terminal 5, kami menaiki tube (Picadilly Line) terus ke Hyde Park tanpa transit. Lebih kurang 18 station dan masa travel lebih kurang sejam.

Sampai di kedutaan, orang masih tak ramai dan kami adalah orang yang ketiga. Mungkin sebab hari Jumaat so orang pun tak ramai. Proses di sini lebih cepat berbanding di Malaysia. sangat simple...tak tau kenapa kat Malaysia macam complicated sangat. Kami sempat bersarapan nasi lemak di kantin kedutaan...best betul rasanya. Rindu nak breakfast kat Malaysia. Sekitar jam 10 pagi, urusan kami siap. Sepatutnya kami kena datang untuk collect passport pada pukul 3 petang tapi hubby minta jasa baik orang kedutaan untuk pos kan aje passport kami sebab nak tunggu pukul 3 petang, tak tau nak gi mana sebab cuaca sangat sejuk dan even ada snow yang turun sedikit. Dan pada hari itu, kawasan kawasan di utara England dan Scotland dilanda snow. Orang kedutaan kata tak boleh pos...tapi mungkin dia kesian sebab kami dari kawasan yang dilanda snow (mungkin dia ingat kitaorg akan balik ke Liverpool pada hari yang sama) dia bersetuju untuk membenarkan kitaorg collect passport pada pukul 12 tengahari. Oklah tu, sekurang kurangnya tak payah tunggu sampai petang.

Sementara menunggu pukul 12 tengahari, kitaorg pergi bersiar siar kat Hyde Park. Cadang nak ke Buckingham Palace (kot kot jumpa William dan Kate) tapi tak jadi sebab cuaca sangat sejuk. Sempat amik gambar dan kami berpatah balik ke kedutaan dan menunggu di situ saja.

Hyde Park

Selepas selesai mengambil passport kami terus menuju ke Knightbridge untuk ke Harrods. First time pergi. Masuk masuk je, terasa memang sangat eksklusif. Terasa tak layak untuk berada kat dalam tu...cuma menjamu mata. Ingatkan nak beli souvenir tapi tak jumpa, so hubby kata boleh beli online, terus kitaorg keluar menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Malaysian Hall untuk lunch.

 Di luar
 Model Harrods
Umur setahun jagung dah pasang angan angan nak soping kat sini (abah pengsan)
Memasang angan angan
Kat bas stop pun nak posing

Selesai lunch, kitaorg bergerak balik ke hotel. Hajat hati nak g jenjalan ke Oxford street tapi terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca yang sejuk melampau. Kalau saya dan hubby memang kitaorg balik malam tapi memikirkan Safiya, terus kami cancel sebab takut asthma dia trigger....so pulanglah saya ke hotel dengan perasan hampa:-). Apa apa pun alhamdullillah urusan passport kami dah selesai:-) 


0 comments:

Post a Comment