Sunday 10 March 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum,


Hari ini Ahad 10 Mac 2013 adalah Hari Ibu di United Kingdom. Kalau di Malaysia hari ibu diraikan pada bulan Mei, tapi di UK ianya disambut pada bulan Mac. Walau apa apapun bagi saya setiap hari adalah hari ibu. Melihat kemeriahan sambutan hari ibu di sini membuat saya merasa sebak terkenangkan ibu saya yang jauh di mata. Tak dapat memeluk beliau hanya boleh mendengar suaranya.

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya. Sedih bila menelefon beliau semalam dan beliau tidak sihat. Lemah kedengaran suaranya di corong telefon. Semoga mak cepat sihat dan jaga kesihatan ya! Semoga Allah memelihara ibu saya dan mengurniakan kesihatan yang baik buat beliau.Terlalu besar jasa ibu, tak terbalas semuanya dan hanya Allah yang mampu membalas semua jasa jasa ibu.

Kepada mak, Hajjah Aminah binti Othman, Selamat Hari Ibu and we love you so much! Juga Selamat Hari Ibu kepada ibu mertua saya, Hajjah Ainun, terima kasih kerana telah melahirkan hubby yang menjadi teman hidup saya dan ayah Safiya.  Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu, termasuk saya, semoga kita semua mampu menjadi ibu yang terbaik buat anak anak kita! Walau diri saya banyak kelemahan sebagai seorang ibu, saya sentiasa berazam untuk memperbaiki diri saya supaya mejadi ibu yang terbaik dan role model buat Safiya, insyaallah.

0 comments:

Post a Comment